Cara didik anak kecil, masa kecil mereka takkan kembali lagi

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

Luangkan masa bersama anak. Masa berharga takkan kembali lagi. Sumber gambar : saya sendiri 😆



2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita..

Kredit : Nur Amall Syalabyla ll
Cara didik anak kecil, masa kecil mereka takkan kembali lagi Cara didik anak kecil, masa kecil mereka takkan kembali lagi Reviewed by cikguzim on 9.7.19 Rating: 5

8 ulasan:

  1. Nice sharing. Nanti bila anak-anak dah dewasa, mesti rindu kan... Zaman mereka masih bayi.

    BalasPadam
  2. nice sharing, betul.... kita sentiasa akan rindu masa anak kecil bila mereka dh semakin membesar... lagi2 bila tengok gambar2 masa dia kecil

    BalasPadam
  3. SANGAT SETUJU ANAK2 PERHIASAN DUNIA NIKMATI SAAT BAHGIA BERSAMA MRK

    BalasPadam
  4. Nice sharing. Tiba-tiba rasa syahdu plak :')

    BalasPadam
  5. Perkongsian yang bagus👍🏻.

    BalasPadam
  6. Betul tuuuu ! masa kecil lah masa terbaik :D
    done follow cikguzim hihi

    BalasPadam
  7. tips no 2 tu juga sesuai untuk redakan anak2 yang berebut bermain sesuatu..bagi setiap sorang masa 2 minit, dan bila tinggal lagi 10 saat, kira kuat-kuat

    BalasPadam
  8. terima kasih sharing. kadang kita terlepas pandang :(

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.