Cara elak haus bulan puasa

Sebenarnya, tips minum 8 gelas air sepanjang malam tidak mempunyai asas sains ysng kukuh dan ia muncul dari satu kajian pada tahun 1945 yang mencadangkan pengambilan 1 ml air bagi setiap kalori.


Untuk makluman, setiap individu mempunyai tahap keperluan air yang berbeza. Cara paling mudah untuk mengetahui keperluan tubuh adalah dengan mengikut signal yang di terima otak iaitu rasa dahaga.

Bagi menghidratkan tubuh badan, sumber air bukan sahaja dari minuman, tetapi termasuk dari makanan seperti buah buahan, sup, susu, yougurt dan lain lain lagi.

Dengan mempelbagaikan sumber makanan yang mengandungi air ini, anda bukan sahaja dapat mencegah dehidrasi malah dapat membekalkan pelbagai nutrient berkhasiat dan menikmati rasa yang berbeza.

Selamat berpuasa

Kredit: Public Health Malaysia

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Sekarang di sini tiap petang mendung dan hujan jadi tak terasa sangat hausnya

    BalasPadam
  2. Allah cipta kita sudah cukup sempurna..memberi rasa terlebih dahulu sebelum tindak seterusnyakan..tubuh andai terus-terusan dipaksa tanpa ada apa-apa isyarat terlebih dahulu pun bahaya sebenarnya.Dahaga minum.Tidak dahaga paksa minum memang boleh namun barangkali menyebabkan kadar sepatutnya tidak dicapai.

    BalasPadam