Resepi buat murtabak sendiri

Mana ada bazar Ramadhan tahun 2020 ni, abis tu nak beli murtabak kat mana?? Sebab teringin sangat nak makan murtabak saya search di fb dan terjumpa resepi buat murtabak.

Ini memang menu wajib beli kat bazar tahun2 lepas, harap tahun depan bazar Ramadhan 2021 kembali muncul.

Jom mencubaaa...




Bahan2
Kulit popia
isi ayam / daging di cincang
3 biji kentang di potong dadu
3 sudu makan rempah kari
1 ulas bawang putih
2 biji bawang besar di potong dadu
Daun sup
Garam
Gula

Cara memasak inti
1. Tumis bawang yg dipotong dadu
2. Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan2 yang dimasak. Jgn lebih nanti inti lembik.
4. Masukkan gula dan garam dan masak sehingga kering.




Untuk balut murtabak
1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan2 inti yang dimasak tadi.
2. Masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau hingga sebati.
3. Balut dgn kulit popia. Sedia untuk di”murtabakkan” ๐Ÿ˜…
kredit: yanie mansor

Resipi Dapur Bidadari๐Ÿ“

Sebut pasal murtabak teringat murtabak Pak Lan Temerloh. Tiap tahun tak pernah miss beli murtabak Pak Lan Temerloh, kalau masa bazar Ramadhan memang kena berbaris kalau nak beli. Sedap dan gebu gebas cair di mulut.

Pak Lan murtabak Temerloh. Sumber gambar FB

Pak Lan biasa biasa jual di pekan sari Temerloh juga. Sumer gambar FB


Tapi resepi di atas ni rasa lain dari resepi murtabak Pak Lan sebab dia ada letak telur. Ada masa nanti kita sembang pasal bazar ramadhan Temerloh pula, bazar Ramadhan yang paling panjang di Malaysia.

Bazar Ramadhan Temerloh yang merupakan tapak pekan sehari Temerloh, bazar terbesar di Malaysia. Sumber FB

Aduii rindu nak balik Temerloh ni huhu. Selamat berpuasa nak cuba la masak murtabak sendiri
Resepi buat murtabak sendiri Resepi buat murtabak sendiri Reviewed by cikguzim on 28.4.20 Rating: 5

2 ulasan:

  1. Nampaknya tahun ni juadah yang selalu dibeli di bazar ramadan, kita kena masak sendiri kat rumah.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.