Minum air banyak- banyak masa sahur, tahan sampai berbuka ke?

Perasan tak walaupun dah minum air banyak bergelas-gelas waktu sahur, bila hampir tengahari kita tetap rasa dahaga juga sama macam kita minum air cuma 1-2 gelas.


Kita bukan macam unta yang ada bonggol simpanan air. Tubuh tak dapat menyimpan lebihan air. Air akan tetap hilang melalui kencing, pernafasan kulit, wap air ketika bernafas dan ketika berpeluh jika panas.

Walau bagaimanapun ketika berpuasa, buah pinggang akan cuba menjimatkan air sebanyak mungkin dengan mengurangkan jumlah kehilangan air kencing.

Setelah badan kita ambil jumlah air yg diperlukan, selebihnya akan keluar. Warna air kencing yang jernih sangat pun tak bagus juga. Tanda overhydration. Asyik nak ke tandas je.

Jadi besederhana saja. Cukup minum 1-2 gelas waktu sahur. Bila berbuka nanti, topup balik.

Untuk pastikan air cukup, tak kurang dan tak terlebih-lebih waktu bulan puasa ni, amalkan saranan 8 gelas sehari oleh KKM 😉

Semoga bermanfaat.

Sumber : Syaza
Minum air banyak- banyak masa sahur, tahan sampai berbuka ke? Minum air banyak- banyak masa sahur, tahan sampai berbuka ke? Reviewed by cikguzim on 26.4.20 Rating: 5

2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.