Mana lebih berkesan? Senaman berlari atau berjalan
Berjalan.
Pokcik dedahkan benda ni dah lama, tapi bila keluar je tajuk ni dan saya bagitau fakta di atas, ramai yang nak pangkah pokcik. Lepas tu pokcik pangkah diorang balik. Sebenarnya sains dia simple je pun. Tapi kalau buat tak kena gaya, tak jadi jugak. Pokcik dah try kayuh beskal berpuluh kilometer tiap tiap minggu dulu sebelum buat IF, bukan aje tak turun berat, naik lagi ada la.
Exercise ada dua kondisi, Aerobic dan Anaerobic.
Aerobic ialah keadaan di mana kita bernafas dengan biasa, badan relax, kadar nadi kita di bawah 120 degupan per minit, dan kita sedut oksigen dengan cukup. Berjalan ialah keadaan senaman secara aerobic.
Anaerobic ialah keadaan di mana kita tengah stress, tak cukup oksigen, nadi lebih 120 degupan per minit dan bernafas laju mencungap cungap. Biasanya berlari atau jogging ialah keadaan mencetus anaerobic.
Saya bagitau cara mudah pada kawan2, senaman berbentuk aerobic dalam kadar selesa akan lebih membakar lemak kerana kita bernafas dengan biasa dan mendapat lebih banyak oksigen untuk sel kita menjana tenaga yang diperlukan oleh badan. Dan sekiranya kita mendapat fat adapted state, sel kita akan lebih suka menggunakan lemak sebagai sumber utama tenaga berbanding glukos. Berjalan selama 1/2 jam ke 1 jam waktu pagi dalam keadaan berpuasa (dalam tempoh 12 jam berpuasa ke atas) adalah pencetus pembakaran lemak yang paling baik dengan senaman yang mudah.
Sekiranya anda melakukan senaman anaerobic seperti berlari, sel badan anda tidak mendapat oksigen yang cukup dan 'switch' kepada pembakaran glukos pula secara GLYCOLYSIS. Lemak akan kurang dibakar berbanding glukos, dan ianya tidak efisyen sekiranya tujuan anda adalah untuk mengurangkan persen lemak di badan.
Beza antara penggunaan lemak badan dan glukos menggunakan kaedah Aerobic dan Anaerobic adalah dalam ratio 95:5. Maksudnya, kaedah berjalan membakar lemak 95% lebih baik dari anda berlari. Lagipun, sekiranya anda berjalan, anda boleh melakukannya lebih lama berbanding berlari.
Bukan pokcik kata tak bagus berlari atau jogging. Dalam keadaan melakukan jogging, kita mencetuskan stress untuk pertumbuhan muscle sekiranya kita mendapat nutrien seperti protein yang cukup, dan hormon HGH juga dicetus dengan amaun yang baik. Mereka yang sudah Fit, dan berkeadaan sensitif insulin, sudah pasti akan mendapat kesan yang lebih baik sekiranya berjogging. Tidak dinafikan, pembakaran glukos dan glycogen berlebihan melalui berjogging adalah baik juga dan wajar dilakukan sekiranya anda sudah mampu.
Tapi yang masih tak mampu sebab badan besor, lutut pun dah nak dekat kondem, buat IF dulu sampai badan dah ringan. Time tu, cuba buat senaman berjalan sikit2 sampai mampu berjalan 1 jam tanpa penat.
Jangan la pulak korang berjalan kat taman tasik, lepas tu singgah kat kedai beli air sirap selasih ikat tepi, sengkuang calit kuah rojak. Itu namanya perbuatan sia sia.
Pokcik hari2 kerja memang banyak berjalan dan tak duduk diam. Setiap pagi berpuasa memang ramai patient.. Itu mungkin di antara penyumbang kepada fat loss.
Ha, yang ni untuk explanation dari segi saintifik. Yang paham sila hadam.
In a fat adapted state and Aerobic conditions, our cells generate more Adenotriphosphate in the Mitochondria via Oxidative Phosphorylation and mixing metabolisation of primarily fats with glucose in ratio of 85:15. The resulting ATP production (the currency for energy of our body) is somewhere around 36-38 per a unit of glucose/fat. In an anaerobic state, the energy production switched outside of mitochondria due to less Oxygen intake and cells will EXCLUSIVELY prefer glucose by a higher margin of 95 to 100%. The resulting glycolysis generates less ATP by only 2 units, on a ratio of 5% less than a normal OP in fat adapted state. In normal OP with FA state, insulin secretion and cortisol is low, in anaerobic activity both hormones are elevated. Further glycolsis in prolonged stress inducement may cause Gluconeogenesis and cause muscle catabolism. This concludes the facts of aerobic vs anaerobic induced activity in relations of energy production and fat loss.
Credits to Dr Sten Ekberg for the knowledge and Ronald Rico for the post.
Catat Ulasan
0 Ulasan