Hissh! Pergi mana-mana mesti ada orang Kelantan

Hish entri apa pula ni. Pasal orang Kelantan pulak? Provokasi atau ketidakpuasan hati?? Eh tak delah ini cuma pos santai tentang orang Kelantan. 

Selamat datang ke negeri Kelantan...

Saya lahir Pahang, asal Pahang tapi memang ramai kenalan orang Kelantan terutama masa belajar di UIAM dulu, masa kerja pun sama ramai kenalan orang Kelantan. Cuma kahwin je dengan orang sama asal Pahang.

Orang Kelantan ni bagi saya spesial sikit bukan apa mereka ni mudah ditemui di mana-mana sebab mudah untuk dikesan disebabkan loghat diorang.

Kalau pergi ke pasar malam, mesti ada peniaga Kelantan. Pergi jalan ke mana2 kedai, ada orang Kelantan buat bisnes di situ. Pergi jalan-jalan nun sampai Sabah Sarawak, pun ada orang Kelantan duduk di sebelah kita. 

Bazar Ramadhan Temerloh, antara menu yang femes di sini adalah Pak Lan murtabak, peniaga asal Kelantan. (Sumber gambar :  leeperspektif)

Waktu isteri bersalin anak kedua baru2 ni di Hospital Temerloh, dari jururawat, kerani, doktor dan security guard kebanyakan yang saya jumpa berdialek Kelantan. Hehe. Sampai nak pergi cek kuning dan cucuk anak di klinik desa di kampung ni pun nursenya asal dari Kelantan.

Teringat waktu awal posting jadi guru tahun 2011 di Sarawak majoriti yang posting sama dengan saya semua orang Kelantan dan disambut oleh cikgu2 dari Kelantan yang menetap di sana. Sampaikan ada beberapa sekolah di sana tu boleh jadi perkampungan orang Kelantan kerana majoriti cikgunya dari Kelantan padahal sedang berada di Sarawak!

Mereka memang hebat, sanggup jauh merantau mencari rezeki. Mungkin ini antara sebab guru-guru dari Kelantan susah nak dapat pindah balik ke tempat asal diorang sebab dah terlalu padat.

Lihat statistik egtukar guru 2017. Permohonan guru masuk Kelantan lebih 2000, permohonan keluar cuma 57! Jauh beza dengan negeri lain

Dan mungkin inilah antara sebab (orang Kelantan jangan marah yaaaa) penyumbang kepada trafik jem ketika hariraya terutama di Karak dan Bentong ramai nak balik Kelantan hehehe. 

Beberapa perkara yang sy respek tentang orang Kelantan ni adalah semangat kekitaan antara mereka memang baik, mudah mesra. Kalau baru kenal, bila bersembang macam dah kenal lama. Lagi 1 mereka ni memang suka berniaga, tak kiralah berniaga apa asalkan yang halal toyyiban.

Orang kata Pasir Mas Kelantan adalah tempat berasalnya perempuan2 cantik. Gambar hiasan sahaja takde gambar sebenar 😆

Dan tak dinafikan orang Kelantan dalam bab agama memang sangat baik, mungkin sebab dari kecil mereka dah dibiasakan dengan didikan agama. Kerana ramai tok2 guru, alim ulama berasal dari sana (al-Fatihah kepada tuan guru Nik Abdul Aziz, rindu tok guru).

Saya sendiri pun ramai sedara mara yang berkahwin dengan orang Kelantan. Kalau dalam bab bola sepak memang sungguh bersemangat saya lihat mereka menyokong.

Dan sehingga akhir tahun 2019 ni, negeri Kelantan  adalah antara negeri yang belum pernah saya pergi lagi. InsyAllah ada rezeki nak berjalan sana.

Ya, pergi ke mana-mana mesti akan jumpa orang Kelantan.....


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. satu lagi..bila kita berkawan dgn org kelate..automatic dengan kito sekali kecek kelate.

    BalasPadam
  2. saya pula, ramai jugak kawan2 kelate, tapi sampai sekarang tak reti2 kecek kelate..haha..

    BalasPadam
  3. walaupun saya berasal dari Melaka, tetap respect kelantan sebab keperibadian Allayarham Tok Guru Nik Aziz...dan suka makan keropok lekor....!

    BalasPadam
    Balasan
    1. MasyaAllah keperibadian yg patut dicontohi pemimpin lain.

      Padam
    2. Al-fatihah untuk Al-marhum tuan guru

      Padam
  4. Kat tempat wak ni, Jawa kelantan pun ada

    BalasPadam
  5. Betul tu. Kat Pahang pun banyak orang Kelantan.

    BalasPadam
  6. tak boleh nafikan dah. lagi2 kt kl ni kan. pergi makan kene kecek qlate boh haha

    BalasPadam
  7. Dimana-mana sahaja ada jer ore kelate...
    Rakan kongsi bisnes pun orang kelate :)

    BalasPadam