Gambar dan video gerhana matahari 2019 - Apa hikmah gerhana kepada manusia?

Balik rumah lepas check up anak di klinik tengok cuaca gelap gelita, keluar semula nak angkat kain tengok cahaya matahari ada tapi gelap lain macam.

Lihat jam dah 12.50 tengah hari. Langit takde awan, confirm bukan nak hujan.

Baru teringat, ada gerhana matahari rupanya.  Gerhana matahari 2019 yang orang sebutw sejak semalam dalam fb. Subhanallah, patutlah ramai orang masa lalu di masjid tadi orang bersedia nak solat gerhana matahari. Khutbah pun dapat dengar dari rumah.

Lampu jalan pun terpasang di siang hari. Gerhana matahari jam tepat 1.00 tengah hari 26/12/2019

Jangan tengok direct dengan mata gerhana matahari ni, bahaya. Tengok melalui telefon takpe...

Gambar diambil dari Samsung Note 3. 1 hari nanti matahari akan terbit sebelah barat, waktu tu dah pun tertutup pintu taubat.......

Dan ini adalah gambar gerhana matahari cincin yang diambil dari fb..

Gambar gerhana matahari cincin penuh

Sempat juga rakam fenomena yang jarang ni. Gerhana matahari ni adalah salah 1 dari tanda kiamat, sebagai peringatan untuk kita. 


Rakaman video gerhana matahari 26/12/2019. Sayup2 terdengar khutbah gerhana matahari dari masjid berdekatan.

Semalam Krismas, sejak akhir2 ni banyak bencana atau peristiwa pelik2 berlaku bila ada sambutan2 perayaan tak kira hari raya ke deepavali ke cny ke krismas ke. Kebetulan atau suratan?

Bagaimana gerhana matahari berlaku?

Kejadian gerhana matahari berlaku akibat dari kedudukan sejajar antara matahari, bulan dan bumi, manakala gerhana bulan berlaku apabila kedudukan sejajar antara matahari, bumi dan bulan.

Bayang-bayang daun disebalik cahaya gerhana. Indah sungguh ciptaanNya. Sumber gambar fb...

Kedudukan sebegini akan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke bumi dan kerana itu, ia dinamakan gerhana. Kita sedia maklum bulan dan bumi sifatnya adalah menerima cahaya daripada matahari.

Apa hikmah gerhana matahari?

Peristiwa gerhana matahari ini adalah suatu iktibar kepada umat manusia bahawa kita adalah makhluk kecil dan lemah di sisi Allah SWT.

Allah memperlihatkan sedikit daripada bukti kekuasanNya kepada manusia melalui peristiwa gerhana matahari yang juga antara satu fenomena alam yang hebat dan ajaib, bukti kekuasaan Allah yang tiada bandingnya.

Firman Allah dalam surah Yunus ayat 5, membawa maksud, “Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa.

Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar; Allah menjelaskan ayat- ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui hikmah sesuatu yang dijadikanNya).

Apa yang jelas, penciptaan matahari, bulan, cakerawala dan apa jua di alam ini bertujuan membolehkan seluruh manusia mengambil manfaat daripadanya seperti menjana sistem solar, menjana dan menghasilkan kuasa elektrik.

Bagi umat Islam, peristiwa seumpama ini sebenarnya memperteguhkan dan memantapkan lagi keimanan sekiranya dihayati.

Harapan menjelang 2020......

Harap tahun 2020 nanti dunia baik-baik saja. Rasa takut lihat fenomena ni pun ada. Rasa lain macam, rasa seperti dunia ni dah tak lama lagi dah. Tapi amalan dan dosa pahala rasa masih diambil mudah. Nauzubillah. Janganlah kita berbuat dosa, moga semuanya selamat....

Subhanallah...

Catat Ulasan

1 Ulasan