Doa Majlis Akhir Tahun



Menjelang akhir tahun, banyak majlis rasmi atau tidak rasmi akan dilaksanakan. Pastilah ada doa yang perlu dibaca. Berikut merupakan doa majlis rasmi seperti doa untuk majlis persaraan, doa untuk majlis akhir tahun, doa untuk majlis kecemerlangan, motivasi dan sebagainya sehingga untuk buat doa majlis khatan pun boleh. Boleh diedit dan dipendekkan sekiranya perlu.



إلَى حَضْرَةِ النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَإِلى كَافَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ واَلْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ شَيْءٌ لِلَّهِ لَهُمُ الْفَاتِحَةُ ... الحمد لله الذي هدانا لهذا وماكنا لنهتدي لولا أن هدانا الله ، والصلاة والسلام على سيد الأنام بلغ الرسالة ونصح الأمة وكشف الغمة .

 Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,                                                          

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri ………………………………………………………………….. 

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendaki , Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu. 

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat , 
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai salah satu wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami dan juga demi membangunkan dan memartabatkan Sekolah ........................................................................... di persada arus perdana kecemerlangan pendidikan negara. Satukanlah hati-hati kami sebagai  murrabi, azatizah, pendakwah, pencetus trnformasi yang mampu menghadapi cabaran yang semakin hebat. 

Amin Ya Rabbal’alamin Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dalam kerja berpasukan ; Kurniakanlah kami kekuatan kesatuan hati umpama kesatuan hati pemuda ashabul kahfi ,  sehingga kami mampu mengharungi susah senang, suka duka, pahit manis bersama dalam melaksanakan amanah dan tugas kami , Jadikanlah hati-hati kami mampu meleburkan segala kepentingan peribadi demi mencapai semangat kekitaan yang tinggi demi merealisasikan cita-cita yang murni. 

Baca juga : Doa Majlis Hari Raya

Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi ;

kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami dan sahabat sejawatan kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian; Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar . 

ya Allah kami amat menyedari dengan penuh keinsafan  bahawa kami hamba-Mu tidak akan terlepas dari sunnah alam kurniaan-Mu, kegelapan malam disulami siang yang terang benderang, setiap pertemuan itu ada detik perpisahannya, justeru dengan kudrat dan iradah-Mu serta kuasa ungkapan kun fayakun-Mu , maka jadikanlah pertemuan kami bersama insan yang diraikan sebagai pertemuan yang dipenuhi dengan keberkatan dan kasih sayang, jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang penuh dengan kesejahteraan dan keamanan.                                                      
                                                                                                                                                                                اللَّهُمَّ بَاِركْ صَاحِبَ هَذَا الطَّعَامِ ، وَأَتْمِمْ نِيَّتَهُ وَتَقَبَّلْ ضِيَافَتَهُ ،  وَارْزُقْهُ مِنَ الْحَلاَلِ وَجَنِّبْهُ عَنِ الْحَرَامِ  . اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين  وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ 

Harap membantu untuk melancarkan majlis-majlis anda, semoga mendapat berkat dan dipermudahkan....

Catat Ulasan

1 Ulasan