Doa sempena hari sukan sekolah


Berikut merupakan doa sempena hari sukan sekolah, boleh juga diubah untuk jadi doa lain, contohnya doa hari perhimpunan sekolah, doa majlis akhir tahun, doa kem kecemerlangan, doa sambutan kemerdekaan atau sambutan2 yang lain. Semoga bermanfaat dan diberkati majlis di sekolah cikgu semua.....

DOA SEMPENA HARI SUKAN SEKOLAH 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Kami berhimpun pada pagi ini kerana-Mu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepada-Mu sesuai dengan firman-Mu yang mulia :
قُلْ إِنَّ صَلاَتِيْ ونسكي ومحياي ومماتي ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ .

Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , dan matiku semata-mata hanya untuk-Mu Allah.

Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,
Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami 

Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.

Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang gemilang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta berjaya di dunia mahupun di akhirat .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Doa sempena hari sukan sekolah Doa sempena hari sukan sekolah Reviewed by cikguzim on 22.1.19 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.