Kenangan kartun kegemaran ramai era 80an - Mospaeda

GENESIS CLIMBER MOSPEADA.

-MOSPEADA ialah antara anime robotik paling popular sehingga banyak disiarkan dalam tv negara kita.Paling awal ia keudara pada pertengahan 80an oleh Rtm dan selepas itu beberapa kali disiarkan oleh Tv3 sekitar 90an.
Ia dicipta oleh Shinji Aramaki dan Hideki Kakinuma.Karakter design oleh Yoshitaka Amano,pereka termasyur games popular Final Fantasy.
Mospeada adalah sebahagian pecahan daripada anime Robotech termasuk Macross.





Genesis Climber Mospeada jika diterjemahkan kedalam bahasa seperti Genesis Persenjataan Mospeada.Tapi apakah itu Mospeada..?
inilah satu konsonan perkataan hasil daripada :-

M - Military.
O - Operation.
S - Soldier.
P - Protection.
E - Emergency.
A - Aviation.
D - Dive.
A - Armor.

*means= Operasi Perlindungan Kecemasan Persenjataan Ketenteraan Udara.
Tapi sebenarnya perkataan ini dihasikan kerana diambil daripada tajuk asal cerita ini iaitu Motor Speeder.Lalu ditukar kepada Mospeada yang lebih sedap bunyinya kearah futuristik serta kena dengn tema robotik.

Kenangan dulu2..Saya percaya antara sebabnya ia menjadi hits,Pasti antaranya kita tidak lupa akan motor mereka boleh transform kepada Robot..motor mereka selain dijadikan kenderaan,ia juga dijadikan suit perang (armor) bila menentang musuh..fuh memang sangat stylo masa tu..


Kisah.

Ia bermula di abad ke-21 dimana populasi bumi semakin tenat akan pencemaran toksid.Jadi mereka mengambil inisiatif untuk memulakan habitat penghidupan baru di Planet Marikh.

Pada tahun 2050,satu malapetaka pada manusia dibumi bilamana makluk robotik asing telah menyerang dan menakluki bumi.Mereka dikenali sebagai INBIT.Jika dilihat fizikal mereka seakan ketam raksasa.Serangan penaklukan itu menyebabkan bumi menjadi sepi kerana kebanyakan manusia telah melarikan diri ke bulan dan lain2.Inbit membuat bumi sebagai penempatan tetap mereka ia dinamakan Refleck Point dibina dikawasan America Utara.

Disebabkan kemusnahan yang  berpanjangan dengan inbit yang bermaharajalela.

Hingga 2080,Oleh yang demikian,kini pasukan manusia yang berpengkalan di Planet Marikh mula melihat isu ini.Meraka dikenali sebagai Pasukan Pengkalan Marikh.
Jadi mereka telah menghantar beberapa pejuang dinamakan MOSPEADA.


Watak-watak Utama.

1).Ray.

-watak utama cerita ini.Seorang pemuda yang happy go-lucky..Beliau adalah seorang pengembara.Berumur 17thn.Berambut merah.Selalu memakai googles diatas kepala.Sangat sederhana dan serabai orangnya.Beliau sangat lucu,boleh kata penghibur utama squad mereka.Mula menyertai pasukan Pejuang Pangkalan Marikh kerana tekad beliau mahu menghapuskan Inbit yang dibencinya atas kisah silamnya.Sebelum menyertai Pasukan ini pun beliau sebenarnya sudah berjuang secara senyap melawan musuh.
Sering bersama seorang gadis kecil,iaitu Mint.

2).Stick Bernard

-Juga hero cerita ini,umur 20an.Ketua Kump ini.Stick amat berlainan dengan Ray.Penampilannya sedikit serius dan bergaya.Fizikalnya dan wajahnya tampan dan berambut biru.

Stick sebenarnya adalah seorang leftenan muda paling hebat didalam pasukan yang dihantar kebumi.
Sebenarnya sebelum bersama pasukan sekarang,Stick pada asalnya sudah berjuang dalam misi pembebasan bumi daripada inbit ini.Tapi squad mereka gagal menyebabkan juga tunangnya Marlene terkorban dalam misi tersebut.Stick berjuang kembali menentang inbit kerana kisah silamnya.

3).Mint Labule.

-gadis yang begitu bising dan ceria dalam squad ini.Berusia 13thn dan berambut merah panjang.Paling diingati oleh kita ialah beliau selalu memakai topi yang ada tulisan E.T (walaupun xtahu apakah sebenarnya maksud perkataan tersebut).Mint asalnya seorang gadis terbiar yang disisih keluarga.Menyertai kawan2nya adalah sebetulnya untuk mencari teman hidup.Dianggap selaku ‘penggangu’ utama pasukan,kerana beliau tiada apa2 abiliti perang seperi orang lain.

Namun Mint adalah anggota yang paling disayangi oleh mereka.Selalu mengikuti Ray walau kemana sahaja.

4).Hoquet et Rose.

-Seorang gadis jelita berusia 16thn. Berambut panjang perang. Kisah silamnya sebelum menyertai geng Stick,dia sangat liar dengan menyertai geng2 motor haram.Tapi setelah dicabul oleh ahli2 kumpulannya,dia membawa diri sehingga berjumpa kump ini.Pada awalnya dia tidak suka untuk menyertai mana2 geng kerana kurang percaya.Tapi lama kelamaan dia sendirinya terbuka hati kerana melihat keharmonian kump Stick.Dalam diam dia juga jatuh hati pada Ray.Tapi merahsiakannya kerana masa silam yang teruk menghantui dirinya.

5).Jim Warston.

-Jim seorang yang berbadan gempal.Paling besar dalam kump ini.Wajah kasar seperti orang utan.Berusia 32thn.Beliau adalah mekanik hebat dalam team.Bekas pekerja di Pangkalan Tentera Marikh.Sering merasakan dirinya tidak berguna,walhal beliau sangat berbakat dalam mekanikal.Semua kelengkapan suit,kenderaan,senjata kump mereka dibaiki oleh Jim.

6).Yellow Belmont.

-Juga squad tentera Pangkalan Marikh seperti Stick.Tapi dia juga seorang artis popular zaman ini.Dia juga mempunyai identiti lelaki dan perempuan.Sehinggakan awalnya Ray jatuh hati ketika beliau dalam pakaian wanita,..selepas mengetahui hakikat dia seorang banci.,barulah Ray melarikan diri..huuhu..
Belmont ditugaskan sebagai perisik kerana kepandaiannya menyamar seperti masuk kedalam markas musuh.

7).Aisha.

-Seorang gadis yang misteri.Berambut merah.Juga seorang yang jelita.Beliau sebenarnya adalah makluk inbit yang ditukarkan kepada manusia.Dengan tidak sengaja menanggotai kump Stick.Walaupun dia seorang anggota inbit,tapi dia banyak menolong kump ini dengan mengesan kemaraan inbit dari jarak jauh.
Dalam diam juga dia jatuh hati pada Stick.

Kelengkapan.

1.Riding Suit.
-ialah suit perang dan untuk menaiki motor.Suit ini fizikalnya  seperti robot.Lengkap dengan helmet dan baju besi.

2.Robot Motor Mospeada.
-robot ini mempunyai dua bahagian iaitu :

a).Bike Armor Mode - dalam bentuk motorsikal.Kelajuan hingga 300/jam.Berat 132kg.
b).Ride Armor Mode -dalam bentuk robot (transform).Kelajuan 80/jam.Ketinggian melompat 100m.

antara robot digunakan adalah :-

-VR-052F Mospeada -berwarna hijau,sering digunakan oleh Stick.Mempunyai pel*ru perpandu dibahagian lengan.
-VR-052T Mospeada -juga berwarna hijau,digunakan oleh Ray.Mempunyai m*riam laser.
-VR-038L Bartley -ialah suit untuk pejuang serikandi.Robot cantik Bewarna merah.Ia digunakan oleh Rose.Senjatanya adalah sen*pang baz**ka.
-VR-041T Superior -berwarna biru.Digunakan oleh Belmont.Robot yang direka untuk pertempuran close range combat (jarak dekat).Ada perisai dan pedang ditangan.

3.Robot Jet Fighter Mospeada.
-ialah Jet pejuang.Digunakan untuk peperangan udara dan musuh yang lebih besar.Biasanya ia digunakan oleh Stick.Bewarna biru.
Ia mempunyai 3 bahagian :

a).Armor-fighter Mode -Jet Pejuang.Kelajuan 2.3 mach. 

b).Armor-Diver Mode - Separa robot dan jet.Dilihat dalam keadaan seperti membongkok.(popular dalam anime Macross-dinamakan Valkyrie).Kelajuan hingga 680/jam.

c).Armor-Soldier Mode -Robot Transform.kelajuan 120/jam.

4.Senjata Watak.

a) Mars Gallant H90/Laser Hound.
b).Stick’s Subm*chine G*ns.
c).Jim’s R*fle.
d).Time B*mb.

selain itu...lagu openingnya pun sangat best dan popular..hingga ia dinyanyikan oleh Kump Hujan dalam versi Bm...Lonely Soldier boys...

jumpa lagi.part mecha seterusnya.

Kredit : Schibukai Hafizal.

Catat Ulasan

0 Ulasan