Flaxseed untuk kurus

Mesti ramai yang pernah dengar pasal flaxseed dan chiaseed. Ia tergolong dalam kategori superfood yang tinggi dengan macam-macam khasiat. Anda boleh google sendiri khasiatnya dengan terperinci. Antara khasiatnya untuk kurus sihat. Saya sudah buat post tentang khasiat chia seed sebelum ini.


Kita nak bincang bolehkah flaxseed guna untuk kurus? Jom kita ketahui khasiatnya dulu....


Fakta nutrisi Flaxseed:

Omega-3 (ALA) 6,338mg
Fiber 8g
Protein 6g
Vitamin B1 31% RDA
Manganese 35% RDA
Magnesium 30% RDA
Phosphorus 19% RDA
Selenium 10% RDA
Flaxseed juga mengandungi vitamin B6, Iron, potassium, copper and zinc.

Cara kuruskan badan dengan flaxseed : 

Kajian yang dikeluarkan dalam Journal of Nutrition mendapati flaxseeds membantu obesiti dan membantu mengurangkan berat badan.

Flaxseed kaya dengan serat dan lemak yang baik uuntuk kesihatan badan kita.

Ia mampu membuatkan kita berasa kenyang lebih lama, mendorong kita untuk mengambil makanan kurang kalori, seterusnya menyumbang kepada pengurangan berat badan.

Lemak sihat yang terkandung dalam flaxseed turut membantu mengurangkan keradangan. 

Ini penting untuk proses pengurangan berat badan, kerana tubuh yang mengalami keradangan cenderung untuk menampung lebihan berat badan.

Tambahkan dua sudu teh flaxseed ke dalam makanan seperti sup, salad, atau smoothies sebagai tambahan kepada diet harian.

Apabila dicampur dengan senaman lagi MERECIK hasilnya.

Semestinya Omega 3 ini teman sejati otak. Sangat BAGUS untuk OTAK. Flaxseed ni sama khasiat macam lemak ikan membantu turunkan lemak dan cerdaskan otak kita.

Menurut kajian dari American Journal of Clinical Nutrition dan Journal of the International Society of Sports Nutrition, pengambilan minyak ikan turunkan lemak. Kesan diperoleh seawal minggu ke 6.

Makan flaxseed mesti berterusan, kesan bukan seminggu dua tapi lebih dari itu. Jadikan amalan. Kurus dapat sihat pun dapat. Kalau nak tahu, flaxseed pun dapat membina otot.

Amacam? Mahu kempis perut?

Mahu Fat Burner semulajadi?

Tapi kat mana nak beli flaxseed?

Kat shopee kan hado....

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. yesza mudah sangat nak beli, shopee kan ada :D

    BalasPadam
  2. terima kasih cikgu atas perkongsian.

    btw,jemputlah cikgu dan semua rakan blogger lain join contest di blog saya,senang ja contestnya. =)

    https://at-tarmizi.blogspot.com/2019/11/contest-isi-dialog-di-blog-at.html

    BalasPadam
  3. Wah bagus flaxseed ni mama pun Ada bac gak

    BalasPadam