Kesan suntikan vaksin booster Pfizer

Bismillah..

Salam Jumaat semua. Hari ini merupakan hari kelima selepas suntikan vaksin dos booster Isnin lepas.

Bukan kaleng2 juga kesan booster ni masuk hari kelima ni masih ada terasa lagi walaupun kesan sakit tu dah berkurangan.

Bila terbaca kesan dan pengalaman kena suntik booster ni pada rakan2 yang lain rasa seriau juga. Ada yang muntah, demam kuat, sakit sendi dan badan, lebam bahagian suntikan, sesak nafas dll. 

Bagi mereka yang terima dos campuran khabarnya lebih teruk juga kesannya contohnya Astrazeneka + Pfizer dll.

Namun saya tidak ada kesan2 tu kecuali tangan rasa sakit & lenguh serta badan rasa seram sejuk pada hari kedua.

Ketiga dos saya adalah Pfizer.

Dapat lagi kad vaksinasi yang terbaru untuk booster. Kena simpan elok kad ini walaupun dalam mysejahtera ada juga rekodnya.

Ini yang berlaku lepas suntikan booster :

Hari pertama - Suntik jam 2.petang. Waktu malam dah mula rasa sakit. Waktu nak tidur perlu mengiring ke kanan kerana tangan kiri dah rasa memang sakit.

Hari kedua - Masih sakit lagi. Tengahari sampai petang rasa seram sejuk dan menggigil.

Hari ketiga - Dah ok cuma masih terasa sakit tempat suntik. Tak boleh angkat benda berat sikit masih terasa sakitnya.

Hari keempat - Dah kurang sakit. Boleh buat slow walk di padang.

Hari kelima (hari ini) - Terasa sakit gitu2 je. Nampaknya tak boleh buat aktiviti sukan lagi.

Agak-agaknya kesan suntikan dos keempat nanti macam mana ye? Ish2

 

Jom tonton pengalaman saya disuntik dos booster. Tekan butang subscribe sekali ya.

Jika keperluan suntikan dos tambahan keempat tu nanti untuk kebaikan kita, kita perlu akur sahaja. 

Harap kita dapat tamatkan pandemik ni pada tahun 2022. Aamenn doa sempena Jumaat moga makbul.

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. ha..ada dos keempat ke? ketiga pun saya tak ambil lagi sebab AZ kena tunggu 6 bulan

    BalasPadam
  2. Itulah baca dan dengar pengalaman orang.

    BalasPadam
  3. Aminn. Semoga pandemik berakhir pada tahun ini.

    Seram pulak nak gi cucuk ni. Hehe

    BalasPadam
  4. Memang ada yang teruk kesannya kan. Sy cuma lenguh2 dalam dua hari, tu pun sebab salah mengiring, hehehe.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. Syukur. Dalam keluarga PC pun mana-mana yang dah terima suntikan penggalak tidak sama dengan dua dos pertama kesannya memang lama. Penyesuaian untuk badan juga mungkin. Ibarat macam tuan rumah terima tetamu baharu yang tak dikenali, mula-mula janggal.

    BalasPadam
  6. Majoriti review yang saya baca, memang katanya sakit lepas cucuk. Saya sendiri pun rasa sengal kat bahagian cucuk dalam 2 hari. Nak terdemam pun ada. Tak sama macam dos 1 dan 2.

    BalasPadam
  7. Belum dapaf booster lagi. Tapi pengalaman 2nd dose Pfizer memang ngeri. Demam, sakit badan sampai tak boleh bangun. Tak tahulah lepas booster nanti macam mana pulak

    BalasPadam