Pencapaian Blog & Youtube 2021

Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2022.

Alhamdulillah sepanjang 2021 yang lepas masih dapat menguruskan blog(s) dan youtube(s) dengan baik walaupun sibuk dengan pdpr/tugas hakiki/tanggungjawab khalifatullah dll yang berlangsung sepanjang tahun.

Tugas hakiki tidak dilupa walaupun kita ada buat aktiviti2 sampingan yang lain.

Pada 2021 nak update tiap hari agak kurang berjaya dan kurang konsisten namun dapat juga la update dalam seminggu beberapa kali.

Statistik blog dan youtube

Pada 2021 blog berjaya juga cecah pageviews ke 2 juta. Manakala youtube sikit lagi 1 juta view iaitu dapat lebih 800,000 view dengan 9k subscribers.

Pageviews blog

Youtube cikguzim sudah melepasi angka 9k subscribers. Otw ke 10k subscribers.

Thanks kepada semua yang dah lawat site-site saya yang lain juga. Share benda-benda baik insyallah perkara baik datang balik kepada kita.

Makin banyak kita share makin banyak yang kita tak tahu sebenarnya kan? 

Jadi lepas ni memang banyak perkara dalam kepala ni untuk disampaikan kepada semua.

Harap 2022 lebih baik, lebih banyak masa, lebih mudah semua urusan kita semua. Aamin.

Sedikit tips untuk naikkan trafik blog dan youtube.

- Konsisten buat konten. Buat konten secara berterusan sekurangnya seminggu sekali.

- Share sesuatu yang ada maklumat. Enjin carian seperti google dan youtube pasti akan bantu paparkan post anda.

Statistik dalam kebanyakan video saya. Video ditemui dengan enjin carian youtube search. Amat jarang saya dapatkan trafik dari media social yang bersifat sekejap. Teknik SEO ini sangat baik untuk dapatkan trafik tinggi dalam jangka masa panjang.

- Reply komen dan selalu komen pada blog orang lain. Ini akan menaikkan engagement konten tapi jangan spam dengan komen terlalu pendek dan ada share link tak berkaitan.

- Buat saja konten ikut cara sendiri dan jangan terikut2 cara orang lain supaya kita konsisten.

- Buat konten sendiri, kalau ada ambil dari sumber lain perlu beri kredit.

Inilah sedikit tips yang tak seberapa saya guna untuk naikkan trafik blog dan youtube. 

Blog dan youtube ni umpama marathon trafiknya. Memang lambat sampai tapi lama-lama akan naik.

Kalau anda ada buat bisnes, platform google/blogger/youtube ni sangat membantu dapatkan trafik yang tinggi yang kita pun tak tahu dari mana berbanding media sosial macam fb/instagram yang bersifat 'sepintas lalu' kemudian hilang.



Statistik pengguna media social di US dan Malaysia 2021. Youtube @ google mendominasi. Sumber statista.

Selamat berblog dan selamat tahun baru 2022!

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Selamat tahun baru & semoga terus sukses!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak :) ..selamat tahun baru 2022

      Padam
  2. teruja juga nak tahu income tuan cikgu hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la dan tdk byk juga..yg ini akan kekal rahsia huhu

      Padam
  3. Terima kasih kongsi tips.

    Selamat Tahun Baru 2022

    BalasPadam
  4. selamat tahun baru cikgu. tahniah! padu trafik youtube tu. syabas sekali lagi. dan betul mcm cikgu ckp. blog dan youtube lebih bagus utk bisnes kerana media sosial lain bersifat 'sepintas lalu'. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih puan Sis Awadah & selamat tahun baru juga..harap boleh ikut jejak langkah trafik mantap seperti blog puan juga.

      Padam