Cara lupus Quran dan buku agama yang rosak kerana banjir

Tahukah anda, Al-Quran yang rosak, perlu dilupuskan mengikut tertib yang betul. Tidak  boleh main buang apatah lagi di masukkan ke dalam tong sampah begitu sahaja. Nak lupus sendiri ada cara dan adabnya.

Kalau Quran yang musnah dimakan dek anai-anai, tenggelam banjir atau apa ke, kita kena bakar dia. Bila bakar, abu tu kena lalukan dekat air. Jangan lalu ke longkang sebab takut longkang bercampur najis. 

Lalukan dengan air sungai ataupun air laut. Tapi kalau tak sempat nak pergi sungai laut dan sebagainya cara lain ialah tanam. Tapi jika tanam, kena tanam dekat area yang orang confirm tak pijak. Begitu sucinya al-Quran tu kita perlu urus.

Al-Quran yang telah rosak. Sumber gambar BuzzKini

Begitu juga buku-buku agama yang ada ayat Quran walau sepotong pun, tak boleh buang begitu sahaja. Memang kena bakar. Penat jugakla nak duduk memilih asingkan buku agama dengan Quran ni. Dengan bau masam buku terendam, bau selut. Memang sesuatu yang teruji.

Tapi itulah cara untuk lupuskan sekiranya ia dah rosak dan tak dapat digunakan lagi. Begitulah yang kita perlu lakukan terhadap aya-ayat suci al-Quran iaitu dengan step dan adab yang betul.

Moga bermanfaat.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Menarik perkongsian cikgu ni. Pada saya, buang ke sungai @ laut jalan terbaik. Sebab laut & sungai luas tanpa sempadan.

    BalasPadam
  2. Allahu.. semoga dengan keazaman kita memelihara kesucian Al-Quran ni, menjadi cahaya semasa di alam kubur.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Satu ilmu yang bermanafaat..terima kasih

    BalasPadam