Tips sejukkan rumah yang panas

Dah lama tah hujan kan, cuaca panas sangat sekarang ni kalau pasang aircond tu macam tak rasa sangat bila masuk kemuncak cuaca panas tu dalam jam 1.00 petang sampai 4.00 petang.

Rasa macam nak tambah aircond pula tapi nanti double pula jadi bil elektrik. Jadi ini nak kongsi sikit cara dan tips menghadapi cuaca panas sekarang ni. Jangan lupa minum air dengan banyak! 

Tips untuk sejukkan rumah 

1. Kalau nak pasang aircond, pastikan pasang aircond 2.0hp ke atas dipasang pada ruang tamu. Bukan aircond 1.5hb tu tak rasa sejuk, cuma lebih puas hati bila masuk cuaca panas macam sekarang ni.

Yang seterusnya ini adalah  cara untuk sejukkan rumah tanpa pasang aircond 👇

2. Kalau tak ada aircond pun rumah boleh sejuk iaitu dengan letakkan besen berisi air dalam bilik atau ruang tamu.

3. Halakan kipas ke arah tingkap. Ini dapat kurangkan haba panas dalam rumah.

4. Letak ais ketul banyak2 dalam bekas dan letaklah di ruang tamu atau dalam bilik.

5. Sidai kain yang dibasahkan pada tingkap, rumah akan rasa lebih cool.

6. Guna papan fiber simen untuk siling rumah.

7. Pada waktu malam gunakan lampu kurang haba seperti fluorescent bulb.

8. Pasang awning pada tepi tingkap.

9. Letakkan pokok dalam pasu di tepi2 rumah.

10. Cat rumah menggunakan warna terang seperti warna putih.

Rujuk video tips sejukkan rumah :

 

Kalau pasang aircond, pastikan pasang aircond dengan cara yang betul untuk elakkan bil elektrik melambung.

Rujuk video ni untuk jimatkan bil elektrik untuk aircond :

 

Inilah sedikit sebanyak tips sejukkan rumah. Moga cuaca panas macam sekarang membawa covid pergi jauh dari kita.

#tipssejukkanrumah #carasejukkanrumah #tipsjimataircond #cuacapanas.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. memang panas duduk dalam rumah latelt ni. boleh cuba tips ni. thanks for sharing :)

    BalasPadam
  2. Sekarang mmg cuaca panas sgt..

    BalasPadam
  3. Tadi baru anak sy cakap, halakan kipas pada pintu, hihi

    BalasPadam