Susur galur nenek moyang saya
Mari saya kenalkan anda susur galur nenek moyang saya dari lebih dari 10 generasi.
Sumber ini boleh dikatakan soheh sebab saya menggunakan sumber dari buku Sejarah Islam Pahang cuma catatan nama saya dan anak memang tiadalah dalam buku ini kerana ia edisi tahun 2000.
Cuma sehingga nama arwah ayah saya sahaja yang ada.
Salasilah saya adalah bermula dari Sultan Ba Kilap Alam 1550, dan susur galur yang sebelumnya tidak diketahui @ belum dikaji lebih detail :
Sultan Ba Kilap Alam (1550)
Datuk Perkasa (1600)
Datuk Mohd/Suji Bilang (1640)
Tuk Zainal Abidin (1680)
Tuk Shahibudin Al-Fahani (1720)
Khatib Ngah (1740)
Hurairah (1780)
Hj Taib (1870)
Kadi Ibrahim (Kadi Besar Pahang) (1830)
Hj Awang Ismail (1900)
Ustaz Hj Md Aris Bin Hj Awang Ismail (1943)
Abd Azim (Sayalah ini) Bin Ustaz Hj Md Aris (1986)
Naurah Bte Abdul Azim (2014), Abdul Mateen bin Abdul Azim (2019)
Tamat imbas kembali...
Nama Kadi Ibrahim ni memang popular di kalangan rakyat Pahang. Keturunannya ini dah berkembang luas di Pahang dan seluruh Malaysia.
Kalau dilihat pada susur galur seperti ini biasanya kita dapat lihat kebanyakan dari kita berasal dari seberang sana.
Buku dan catatan ni penting untuk generasi akan datang untuk mengenal asal usul & nama nenek moyang mereka. Mana tahu ada di antara anda yang sedang mengkaji tentang nenek moyang.
Saya sarankan mereka yang berasal dari Pahang dan sekitarnya untuk tahu dan mengenal asal-asul atau waris-waris terdekat dengan membaca buku ini maklum saja zaman sekarang kebanyakan orang merantau jauh dan jarang dapat berjumpa.
Mungkin ada saudara mara saya dari keturunan Kadi Ibrahim sehingga Sultan Ba Kilap Alam yang membaca pos ini?
Al-Fatihah kepada yang telah tiada.
Kata kunci : Susur galur keturunan Kadi Ibrahim, sejarah Islam di Pahang, asal-usul penduduk negeri Pahang, sekolah menengah Agama Al-Wosto, Kampung Berhala Gantang, Kampung Balik Gantang Temerloh, Kampung Telok Sentang Temerloh Pahang.
Catat Ulasan
6 Ulasan
bestnya ada buku mengenai susur galur keluarga kita
BalasPadamDiharap dpt bertemu susur galur yg lain.. dlu pakcik sy pernah buat mcm ni.. dia buat blog ttg susur galur famili then famili dr brunei terbaca dan akhirnya dpt berjejak kasih
BalasPadamBagus juga klau dapat buat buku susur galur mcm ni ya, utk generasi akn dtg xakn lupa..
BalasPadamterbaik..Sejarah dalam ingatan
BalasPadamSaya juga susur galur Kadi Ibrahim.
BalasPadamDatuk saya Ramli Bin Ismail Bin Budin Bin Fatimah T.Sentang Binti Kadi Ibrahim Bin Tok Long Bin Tok Shahibudin Bin Zainal Abidin Bin Suji Bilang Bin Sultan Ba Kilap Alam @ Sultan Abu Bakar
Saya juga dri Telok sentang, akhirnya dapat jumpa waris di sini.
Padam