Maka banyak lah harga lelong kita boleh dapat. Dah musim dia sekali setahun atau beberapa kali dalam setahun ni mesti laa kena beli.
Dalam minggu lepas dah kerap beli, nak cari raja musang kat sini memang tak wujud. Durian kampung pun tak kurang sedapnya banyak yang isi kuning emas isi tebal.
Hasil buruan di 'kebun' pagi ni. Ada duit semua jadi.
Ini antara beberapa kelebihan buah durian yang orang putih label sebagai worst fruit tapi bagi orang kita dikenali raja buah yang paling sedap..
- Menurunkan tekanan darah
- Mengurangkan risiko sakit jantung
- Membuatkan tidur malam lebih lena
- Ada vitamin c
- Dll
Apapun khasiatnya jangan ambil berlebihan terutama bagi orang yang ada kencing manis.
Patuhi SOP ketika membeli durian.
Jom makan durian.

10 Ulasan
Betul, harga durian dah mula turun tinggal kena pilih elok-elok sahaja.
BalasPadamKat rumah ni pun ada sekotak durian dibawa mak dr kampung.
BalasPadambetul tu, pesakit kencing manis jangan lupa diri huhu
BalasPadamSaya belum merasa lagi durian tahun ni. Belum mencari lagi. selalu port durian sekitar sini ramai orang. Risau jenis tak ikut SOP ni.. Terpaksa menahan dulu
BalasPadambaru berpeluang merasa durian hari ni. sama juga, durian kampung sahaja. bg saya sama jer sedapnyeer dengan durian harga yahudi tuh
BalasPadamDurian pun dah murah sekarang
BalasPadamTakpe. Lebihan nanti boleh buat stok tempoyak.
BalasPadamdi johor sekarang tengah murah, abah akak beli RM50 dapat seguni penuh... kat area kl selangor durian mahal, kalau murah pun dah tak berapa lawo... huhuhui
BalasPadamKat area rumah sis dah x abnyak orang jual durian macam sebelum ni
BalasPadamsedapnyaaa duriann...
BalasPadamdurian belanda
bird nest
sarang burung
sarang burung walet
jus durian belanda