Nasib baik muat!

Berapa bulan tak pakai seluar kerja aka seluar slack? 

Sebelum tu nak ucap welcome back to school kepada semua guru dan murid ke sekolah ye, moga semua urusan dipermudahkan..Aamin ya rabb.

Ye lah kan kita sebagai guru ni selama sekolah belum buka hari tu buat pdpr  iaitu pdp dan pdpc dari rumah secara online dan offline. Kerja tetap kita onnn setiap hari tak pernah miss.

Syukur semalam 1.3.2021 dah dapat secara rasmi turun ke sekolah. Bila dah rasmi ni kena la pakai formal, seluar slack, baju kemeja, kasut, tie, tag nama dll.

Bila sebut pasal seluar slack ni dah berapa bulan tak pakai nasib baik muat ye. Lubang tali pinggang pun masih boleh masuk ini menandakan perut tetap maintain alhamdulillah walaupun penimbang menunjukkan berat naik dalam 1kg huhu.

Gambar Google.

73kg maintain sejak tahun 2016 sampai la ni (pkp pertama pun maintain). Cuma bulan lepas banyak sangat makan kek lapis hehe so ada naik sikit 1 kg.

Nak maintain berat ni sangat susah sebenarnya, nak turun tu paling senang. Buat diet macam atkins, rendah kalori, keto dengan ketat maka turun la berat tu tapi bila masuk bab maintain memang susah.

So saya jauhi dari diet-diet begini. Buatlah diet seimbang, makan dalam kala berpatutan bukan tinggal terus. Akan rasa enjoy dan mudah maintain disamping tu buat la senam mana yang termampu.

Harap terus muat lagi, bila dah turun kerja ni macam-macam jamuan ada kan, katakan..alhamdulillah, jom makan sambil maintainkan berat.

1st day of school 2021, patuhi SOP.



Habis sekolah beli sayur, kebetulan sekolah sebelah sahaja dengan kawasan kampung. Boleh beli sayur fresh. SOP tetap kena patuh pakai topeng dan jaga jarak. Nak maintain berat badan banyakkan makan yang hijau okayy.


Anda yang lama bekerja dari rumah itu hari, muat lagi tak seluar baju? 🤔


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. selamat kembali bertugas di sekolah...maintain secara natural tu lebih baik..

    BalasPadam
  2. Selamat kembali ke sekolah Cikgu Zim.

    BalasPadam
  3. Selamat kembali ke sekolah cikgu. So far, setakat ni pakaian mengajar encik suami still muat. Hehe...

    BalasPadam
  4. selamat kembali bertugas cikgu

    BalasPadam
  5. selamat kembali bertugas cikgu

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum cikgu. selamat kembali ke sekolah... 1kg je naiknya cikgu... tak effect sgt kancing seluar tu....

    BalasPadam
  7. terbaik cikgu zim..maintain kempis heheee :thumbsup:

    BalasPadam
  8. boleh maintain okay la tu.. hebat :)

    BalasPadam
  9. assalamualaikum cikgu zim. bahagia rasa bila seluar boleh pakai lagi hehe

    BalasPadam