Kisah patung berhantu 'Annabelle Hokkaido'

Saya memang tak suka patung ni. Dulu dalam  rumah memang ada patung kecik-kecik untuk anak main maklum la budak perempuan kan. Tapi bila dia dah besar ni faham dia bila saya terangkan yang patung ni tak elok simpan.

Sikit demi sikit dah buang patung dalan rumah, bukan apa kadang terbayang benda ni jadi hidup macam dalam Toy Story atau citer Annabelle pula hehe banyak sangat tengok movie ni...

Ini kisah pasal patung Annabelle versi Jepun, jom baca. Kredit dari CARI....

Setiap ceruk di dunia ini pasti ada kisah misteri setempat yang diceritakan dari satu generasi ke satu generasi. Begitu juga di Jepun, sebuah negara yang dikatakan penuh dengan kejadian aneh dan misteri yang masih tidak dipastikan kesahihannya.

Kisah misteri patung berhantu ala Annabelle ini menjadi salah satu kisah mistik dan misteri bagi penduduk di Hokkaido, Jepun.

Patung yang diberi nama Okiku ini seakan hidup kerana rambutnya dikatakan tumbuh dari masa ke semasa seperti rambut manusia! Dan sehingga kini dikatakan rambutnya sudah mencecah lutut! Seramnya!
Kredit : fmt.
Jangan tenung lama-lama okay...

Kisah "the haunted doll of Hokkaido" ini bermula pada 1918 apabila seorang remaja lelaki bernama Eikichi Suzuki membeli patung mainan tersebut untuk diberikan kepada adik perempuannya, Kikuko yang ketika itu berusia 3 tahun. 

Kikuko sangat suka pada patung itu dan sentiasa membawanya ke mana-mana dia pergi dan tidur dengannya setiap malam sehinggalah Kikuko meninggal dunia akibat serangan selesema akut. 

Pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan mula melanda keluarga tersebut sehinggalah mereka memutuskan untuk menyimpan patung itu di sebuah kuil kecil.

Mereka mula berdoa pada patung tersebut kerana menganggap patung itu mempunyai semangat Kikuko yang telah meninggalkan mereka.

Rambut anak patung itu tumbuh seperti rambut manusia dan menjadi semakin panjang, namun para sami sentiasa memotongnya dan kini rambutnya berada pada paras lutut. 

Dikatakan, salah seorang sami pernah bermimpi Okiku sendiri yang menyuruh rambutnya dipotong.

Gambar : fmt

Sesetengah sumber mengatakan, pemeriksaan saintifik mendapati rambut patung itu sememangnya rambut manusia sebenar! Dan jika diperhatikan secara dekat, mulut patung itu sedikit terbuka dan mempunyai gigi seperti manusia! Tambah menyeramkan bukan?

Betul atau tidak kisah Okiku ini masih kekal misteri hingga ke hari ini. Pelancong yang berkunjung ke Pulau Hokkaido tidak akan melepaskan peluang untuk melihat sendiri patung di kuil tersebut. Namun, mereka tidak dibenarkan untuk mengambil gambar. 


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. ok, ini seram... nasib jauh dari Malaysia, hihi

    BalasPadam
  2. ayooo hai kalau dia tak ngaco orang takpe

    BalasPadam
  3. kisah patung ni tak pernah dengar pulak...

    BalasPadam
  4. haiyo seram pulak rambut tumbuh gitu huhuhu

    BalasPadam
  5. seram betul.. Memang tak suka patung macam ni dari dulu lagi..

    BalasPadam