Heart rate dalam larian

Siapa sini suka berlari? Mesti yang berlari ni sebab nak bakar banyak kalori, makin jauh lari makin banyak kalori terbakar dah tentulah makin seronok berlari. Ada yang berlari nak kejar pace dan nak kejar distance. Bagus tu bila ada letak target berlari.


Lari, lari jugak. Tapi sebenarnya berlari ni ada perkara penting kena pantau. Tak kira samada  berlari atau berenang atau main tali skipping ke, tapi bila perkara melibatkan senaman kardio ni kita kena pantau 1 perkara paling penting iaitu kadar heart rate/kadar degupan jantung.

Kenapa kena pantau heart rate?

Itulah kesilapan yang selalu orang buat termasuk saya. Dah bertahun berlari hanya nak kejar pace dan jarak tanpa pantau heart rate dengan betul.

Kadar degupan jantung perlu dipantau supaya ianya tak jadi terlalu tinggi berada di zon 5 yang akan menjadi bahaya bila terlalu degupan jantung dibiar berlaku terlalu lama.

Kadar degupan jantung mempunyai 5 peringkat zon. Bila masuk zon 5 itulah seseorang akan berada dalam keadaan tak selesa atau susah bernafas.

Bila membuat aktiviti kardio atau sukan, kena pastikan heart rate tidak melebihi zon maksimum atau zon 5. 

Berikut adalah 5 zon heart rate yang berbeza untuk menentukan kadar HR Maksima:-

Zon 1: 60%-70% MHR : 115 bpm – 134 bpm
Zon 2: 70-75% MHR : 135 bpm – 144 bpm
Zon 3: 75%-85% MHR : 145 bpm – 163 bpm
Zon 4: 85%-90% MHR : 164 bpm – 172 bpm
Zon 5: 90%-100% MHR : 173 bpm – 192 bpm

Cara kira heart rate maksimum.

Cara paling mudah nak kira maksimum heart rate yang sesuai untuk umur kita adalah 220 ditolak dengan umur. Contoh : Seseorang berumur 30 tahun. 220-30 = 190. Jadi maksimum heart rate untuk seseorang berumur 30 adalah 190. 

Berapa pula kadar degupan jantung ketika rehat?

Ini pula adalah kadar degupan jantung ketika berada dalam keadaan rehat atau resting heart rate.


Semakin kerap bersukan dan semakin fit badan, kadar resting heart rate seseorang  atlet menjadi semakin rendah. Ini kerana jantung atlet sukan tidak bekerja dengan banyak untuk mengepam darah ketika berehat. 

Kadar hr saya biasanya 55 ke atas antara 55-70, paling rendah pun 54 setakat ni. Sipi-sipi nak capai taraf atlet 😅.

Macam mana cara nak pantau hr ni?

Sekarang ni mudah je nak pantau hr, guna je jam fitness. Sekarang ni ada banyak jenis jam fitness macam Garmin, Sunnto, Amazfit Bip (macam yang saya guna), Samsung gear, Apple watch dll. 

Saya gunakan smartwatch Amazfit Bip dah 3 tahun. Bateri terbaik tahan dekat sebulan. Kalau guna untuk larian, lebih 2 minggu jugak tahan baterinya. Boleh customize watchface lagi 😁

Jam fitness fungsinya macam-macam ; pantau hr, kira jarak larian, jawab call boleh, jadi jam loceng pun boleh. Beli jam fitness ni 1 pelaburan yang berbaloi.



Sekarang ni tengah mencongak dan mengira nak beli jam fitness baru. Wife duk pujuk-pujuk beli fitbit advance, tengok cantik juga jamnya ala-ala apple watch dan tal bentuk bulat. Boleh cek jantung guna ECG test dan cek stress level. Yang kurengnya fitbit ni baterinya tahan 6 hari je berbanding amazfit bib ni tahan sebulan.

Sentiasa jaga kesihatan, keep running and keep fit ya.



Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Tapi kenapa ekk HR sy tinggi walopun easy run. Pace 7 jee HR sampai 170

    BalasPadam
    Balasan
    1. pace 7 tapi Heart Rate 170? Tinggi tu, berat badan berapa? ada minum kopi kah sebelum berlari? cuba tenangkan diri masa berlari, tarik nafas guna hidung hembus guna mulut..buat short distance dulu..boleh cuba kaedah larian MAF dulu

      Padam