Tergeliat lidah sebut nama

Zaman dulu-duluu kala namanya cuma ; 

Ali bin Abu, kemudian Muhammad Aiman bin Ali, kemudian Muhammad Nur Daniel bin Muhammad Aiman...

.....kemudian Muhammad Ar-Rizqi Razzak Syukurillah Bin Muhammad Nur Daniel dan begitulah seterusnya nama yang semakin panjang mengikut trend dan edaran zaman semasa... 😆 (nama-nama ni sekadar contoh)

Trend bagi nama anak panjang-panjang masih berterusan nampaknya. Makin tergeliat lidah nak menyebut dan melenguhkan tangan bila nak menulis.

Contoh nama anak panjang-panjang trend terkini. Sumber gambar Google.

Lebih-lebih bila dah jadi cikgu ni bila melihat nama murid ni panjang-panjang dengan beberapa perkataan...alah3 memang menduga iman nak menulisnya dalam buku rekod atau rekod online haha. 

Bila nak panggil nama seseorang tu tak tahu nak panggil mana satu dan susah nak ingat sebab panjang sangat.

Sebab tu saya beri nama anak sendiri pendek-pendek saja supaya senang disebut dan senang ditulis. 

Nama anak solehah dan soleh saya Naurah dan Abdul Mateen, dah cukup dan ada memberi makna yang baik iaitu Naurah bermaksud bunga dan Abdul Mateen bermaksud hamba yang gagah/ teguh.

Tak payah nak ikut trend kalau sampai menyusahkan diri dikemudian hari. 

Bukan cikgu je yang susah nak menulis, diri sendiri bila nak isi borang-borang, doktor/nurse yang merawat, lecturer, pegawai2 berkaitan dll, betul tak?

Tips Beri Nama Anak

Tapi itu hak ibu-bapa lah nak letak nama anak mereka yang pasti kena faham juga makna nama yang diberi tu supaya memberi makna yang baik bukan sekadar untuk sedap disebut je.

Mungkin ada yang menggabungkan nama suami isteri menjadi nama anak, kena tengoklah juga makna nama tu supaya memberi makna yang baik.

Antara tips memberi nama anak adalah :

1- Memberi nama dengan elok dan bermakna yang baik seperti nama nabi-nabi contohnya Ibrahim, Zakaria, Soleh dsb.

Memberi nama dengan 99 nama Allah, mesti dimulai dengan nama Abdul contohnya nama Al-Azim diberi nama Abdul Azim dsbnya.

2. Makruh memberi nama yang mempunyai makna yang tidak baik seperti Dzalim, Harb, Ar-Rajim. 

Kadang ada juga orang pakai nama ni alasannya ada disebut dalam Quran contohnya Ar-Rajim. Tapi ia memberi maksud 'yang direjam'. So kena berhati-hati.

3. Elakkan memberi nama yang memberi gambaran menghilangkan jati diri sebagai orang Islam (meniru nama orang bukan Islam)

4. Jika ada antara anda yang tersilap memberi nama yang maknanya tidak elok, disunatkan untuk mengubahnya. Benda boleh ubah 👍

Kesimpulannya...

Kesimpulannya kalau nak bagi nama anak panjang-panjang terpulanglah tapi biarlah ada memberi makna yang baik, tapi kesian pula cikgu-cikgu nak menulis nama panjang-panjang dalam buku rekod...😂

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Ringkas tapi ada makna. Ada juga yang terpaksa pegang dua IC dek kerana nama terlalu panjang.

    BalasPadam
  2. nama yg baik sebagai doa..

    BalasPadam
  3. Bapak saya dulu letak nama pendek pendek dan bermula huruf A je... Alasannya, senang nak eja dan dapat giliran awal kalau ikut abjad

    BalasPadam
  4. kita pon tak suka tulis nama panjang2 bayangkan lah budak tu nanti yg kene menulisnya sampai ke tua.

    BalasPadam