Apa itu vaksin?

Berita yang melegakan semua orang, vaksin covid-19 dah sedia untuk di guna pakai! Berkesan ke tak?? Kepada Allah lah kita berserah manusia cuma usaha.

Apa yang terdapat dalam vaksin? Apa itu vaksin?

Vaksin adalah suatu persediaan biologi yang menyediakan pelalian aktif untuk penyakit tertentu. 

Vaksin biasanya mengandungi agen yang menyerupai mikroorganisma penyebab penyakit; ia sering diperolehi sama ada daripada mikroba yang dilemahkan ataupun dibunuh, racun-racunnya yang terhasil mahupun salah satu protein permukaannya. 

Agen tersebut merangsang sistem imun badan agar ia mengenali agen itu sebagai suatu ancaman, menghancurkan agen itu dan menyimpan catatan supaya sistem imun tersebut lebih mudah mengenali dan memusnahkan apa-apa jua mikroorganisma yang ditemuinya di lain masa. 

Vaksin boleh bersifat profilaktik (mencegah atau memperbaiki kesan-kesan jangkitan akan datang dengan apa-apa patogen asli atau "liar") mahupun terapi (vaksin melawan kanser sedang diselidiki, misalnya). (Sumber info: wikipedia)

Kesimpulannya, dalam vaksin ada virus yang dilemahkan atau dimatikan dan gunanya untuk mencegah penyakit dan bukan merawat.

Di bawah ini adalah penerangan tentang apa yang ada dalam vaksin Covid-19 :

Sumber gambar dan info : Sinar Harian

Bila dengar vaksin Covid dah keluar, ada pula keluar berita virus Covid ni bermutasi (berubah) menjadi lebih ganas dan pelik.

Virus yang masih kekal misteri samada virus ni betul-betul terbentuk secara semulajadi atau berasal dari makmal oleh pihak-pihak tertentu.

Setahun sudah covid ni, aduh.

Kepada Allah kita bertawakal. Kita nak kembali kepada kehidupan normal macam dulu.

Vaksin kita tunggu, penyelamat manusia akhir zaman nanti seperti Imam al-Mahdi juga pasti ditunggu-tunggu juga....


Apa itu vaksin? Apa itu vaksin? Reviewed by cikguzim on 20.12.20 Rating: 5

2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.