Prestasi blog tahun 2020

Ini merupakan prestasi blog ini sepanjang tahun 2020. 

Syukur sepanjang tahun 2020 ni dapat je luangkan sikit masa hampir setiap hari update blog ni walaupun sibuk dengan tugas-tugas lain ; mengajar, bersenam dan berlari, jaga anak isteri, movies,  makan-makan jalan-jalan dll haha.

Nampak macam banyak masa lapang bila orang tengok update blog selalu kan tapi ini  cuma aktiviti suku-time je.

Terima kasih kepada yang mengunjungi dan yang selalu komen di sini. Mungkin ramai juga yang datang sini dengan peranan sebagai silent reader, tak pernah komen pun. Terima kasih tanpa anda siapalah saya.

Dunia hujung jari sambil2 pegang fon update blog sambil menyebarluaskan info berguna gitu daripada update benda mengarut dalam fb hehe.

Statistik dan prestasi seperti berikut :


Pageviews (dibelek-belek) sebanyak 1.22 juta. Pageviews ini dikira secara official sejak blog ni saya aktifkan semula pada Mei 2019. Dan dalam dua bulan selepas itu Google Adsense pula lulus untuk blog ini.

Selepas Adsense dah lulus itu dah pastilah lebih seronok nak update dalam blog ni. Kongsi dan tulis apa saja. Menulis blog dah lama sejak 10 tahun lalu. Kadang ada info yang kita kongsi boleh jadi sebagai rujukan dan panduan sendiri masa akan datang.

Haaa itu pasal kalau ada info berguna tulis dan 'parking' je dalam blog. Lebih senang cari dalam archieve walaupun dah lebih 10 tahun tersimpan dalamnya.

Ada yang saya tulis sendiri sepenuhnya ada yang 'kupi dan paste' dan diedit sedikit mengikut citarasa sendiri dan diberikan kredit kepada sumber asal. Ingat, kalau artikel jenis 'kupi dan paste' secara bulat-bulat adalah tidak digemari oleh Adsense.

Tidak perlu rasanya diceritakan di sini berapa gaji dari Adsense. Menulis untuk menyampaikan info berguna dah cukup.

Purata PV bulanan adalah 65,000k sebulan. Purata pengunjung pula 800 visitor sehari. Bergantung juga pada SEO dan keyword yang trending pada hari/bulan tu. Kadang pernah juga cecah 1.5k lebih visitor sehari.

Sikit je sebagai sebuah blog picisan macam cikguzim ni. 

Follower pun masih sikit, yang baca post ni jom follow cikguzim, i'll follow back 😁.

Sasaran nak capai 600 post tahun ni belum tercapai nampaknya.
 
Jumlah PV dan komen. Terima kasih kepada mereka yang komen. Nanti saya buat 1 post khas untuk mereka yang rajin komen di blog ni.


Ini pula merupakan post yang popular dalam blog ni.

5 pos yang paling popular sekali tentang :

Pos ni viral ketika jerebu teruk tahun 2019 di mana ramai orang keliru nak pakai topeng muka dengan cara yang betul diikuti dengan pandemik covid 19 pula.

Pos ini saya ada linkkan dengan tutorial di youtube. Info ni sangat berguna kepada mereka yang mencari tips untuk kurus dengan teh hijau.







Top referrer dah pastilah abam google iaitu google Malaysia dan google universal. Masih belajar nak optimisedkan blog sebagai mesra search enjin.

Diikuti dengan referrer dari Babab. Masih berfungsi juga babab ni rupanya.

Referrer dari youtube channel pun ada juga tak banyak tapi boleh la. Sebab itu ada eloknya kita buka youtube channel sebab boleh linkkan dengan blog. Youtube dan blogger ni adik beradik di bawah 'ibu'nya iaitu google. Kalau kita google, pasti kita akan dibawa ke web/blog atau youtube.

Jom subscribe youtube Channel Cikguzim.

Syukur youtube channel pun ada la perkembangan positif dengan dah lebih 2k subscribers. 

Dll referrer yang tak cukup untuk di screenshot.


Browsers yang paling banyak orang gunakan adalah google chrome dulu kini selamanya dan diikuti lain-lain.

Memang dalam fon sendiri pun senang pakai chrome, firefox dan safari tak pernah guna pun.


Operating sistem yang digunakan adalah dari android, sistem yang paling ramai orang guna termasuk saya. Sebab android lebih user friendly.

Diikuti windows dan iphone. Windows pun lebib tinggi dari iphone users. Mungkin sebab kalau guna iphone banyak perkara yang limited dan terlalu exclusive kot. Mahal pun ye jugak.



Pelawat mengikut negara dah tentulah Malaysia sebab blog dalam bahasa Melayu diikuti US sebab ada banyak term dalam BI digunakan.

So ini statistik secara ringkas pencapaian blog tahun 2020.

Terima kasih sekali lagi kerana mengunjungi blog saya pada tahun 2020, jumpa lagi tahun 2021 moga panjang umur murah rezeki dipermudahkan urusan selalu.

Kolaborasi/review/iklan/sharing info boleh hubungi saya melalui email yang ditulis pada profil. 😁

Bersambung.....




Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. semoga terus sukses ye, Zim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Abam Kie, terus sukses juga 😀

      Padam
  2. semoga terus sukses dalam blogging :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tiara Sapphire, terus sukses juga 😀

      Padam
  3. Tinggi juga pv cikgu.. semoga 2021 lebih sukses di dalam dunia blogging.. :)

    BalasPadam