Assalam. Dah masuk Disember 2020 dah rupanya. Tahun 2020 yang kadang rasa lambat kadang rasa cepat masa berlalu. Tahun yang mencabar kita semua asbab Covid ni. 

Haa dah masuk hujung tahun 2020 ni macam mana dengan azam nak kurus dan diet? Ok atau ko? Hahaha

Alhamdulillah setakat 2020 ni memang takde diet sangat sebab berat badan dah capai BMI normal, cuma makan macam biasa dan maintain je. Senaman pun buat yang biasa je macam body weight, joging sikit cukup.

Hope terus maintain, taknak kurus sangat tak nak gemuk atau berisi sangat yang penting tekanan darah, BMi apa semua normal dan hati senang.

Biar nampak  gemok asal BMi normal.

BMi saya sejak kawen 😁 ;

BMI 2012 ✅

BMI 2013 ✅/❌

BMI 2014 ❌

BMI 2015 ❌

BMI 2016 ❌/✅

BMI 2017 ✅

BMI 2018 ✅

BMI 2019 ✅

BMI 2020 ✅

Ini adalah carta BMI, pastikan BMI bawah 24. Syukur maintain selama 4 tahun ni. Sebelum kahwin dulu pun maintain juga 😄

Macam mana pula cara nak kira BMI? Apa itu BMI?

BMI adalah ukuran untuk menilai berat badan anda berkaitan dengan ketinggian anda.

Cara kira BMI :
BMI = berat (kg) / tinggi x tinggi (m2)

Berat yang sihat jatuh dalam BMI dari 18.5 hingga 24.9 kg/m².


Antara cara untuk mengekalkan berat badan yang sihat :

- Seimbangkan makanan yang anda makan dengan aktiviti fizikal.
- Periksa keperluan tenaga anda.
- Lakukan lebih banyak aktiviti fizikal

Sudah kira BMi hari ini? Namun harus diingat juga BMI bukan penentu segalanya untuk hidup sihat, faktor lain kena kira juga.

Salam Disember.