Pesakit covid tidak bersalah, bukan penjenayah!

Kes covid terus capai 4 angka. Hari-hari dah ni namun di tempat saya tinggal ni memang dah lama berstatus hijau. Dulu pernah kuning sekejap.

Namun alhamdulillah kes sembuh pula makin naik setiap hari.

Tapi apa kita perlu buat kalau kita tahu ada orang di sekitar terkena covid? Panik? Siapa tak panik sebab virus tu makin dekat.  Bermula berpuluh ribu kilometer dari China nun tapi dah ada di daerah kita. Siapa tak seriau dan seram sejuk.

Tapi itu la ada segelintir kita yang kalau ada orang terkena covid ni orang akan timbulkan cerita macam-macam kepada pesakit tu ; ada yang akan kata tak patuh sop lah, penting diri lah, tak kuarantin la dll.

Cerita dan berita berunsur fitnah amat mudah timbul di whatsapp dan media sosial.

Takde siapa nak kena covid ni, kalau tahu kena covid pun kita tak nak covid ni berjangkit kat orang lain. Sebab perkara macam ni pernah berlaku kepada kawan kepada kawan saya.

So ini antara adab kita terhadap orang yang terdekat dengan kita apabila terkena covid 19 ni. 

Artikel sumber fb...

Seandainya anda mendapati ada rakan jiran tetangga dijangkiti COVID-19 di kawasan tempat tinggal kita atau tempat kerja kita,  diangkut ke tempat kuarantin/pusat isolasi di dalam ambulans, janganlah ambil sebarang video atau gambar dan jangan galakkan sesiapa untuk memgambil sebarang gambar atau video. Jangan malukan orang tersebut.

Sebaliknya berdiri di tepi balkoni,  kaki lima, tingkap atau pagar dari jauh dan berilah isyarat seperti thumbs up,  lambaikan tangan dan ucapkan semoga cepat sembuh dan jaga diri. 

Mohon fahami apa yang mereka ini terpaksa lalui dan kalau boleh lakukanlah beberapa perkara ini :

1. Hormati mereka

2. Doakan mereka

3. Biar mereka merasai kebaikkan hati anda

4. Elak sebar panik dan "rasa takut di malukan" di antara kita semua. 

5. Pastikan mendapat info berita yang soheh sumber jangkitan covid.

6. Jangan menggigil jari nak forward berita yang belum sahih di group whatsapp.

Mereka bukan penjenayah,  mereka hanya pesakit. Mereka akan sembuh tapi memori dan ingatan bagaimana layanan rakan rakan akan kekal selamanya.

Tiada siapa yang nak kena penyakit ni.

KITA bersama dalam perjuangan yang sama.  Jom sebarkan KEBAIKAN.

Pesakit covid tidak bersalah, bukan penjenayah! Pesakit covid tidak bersalah, bukan penjenayah! Reviewed by cikguzim on 30.11.20 Rating: 5

6 ulasan:

  1. betul.. mmg xde yg nk terkena jangkitan virus pandemik seluruh dunia ni... impak yg terkena ni mmg agak besar... sampai ada mangsa yg terpaksa ttp bisnes sbb stigma org terhadap bekas pesakit ni mcm org dpt hiv je... semoga skrg ni org lebih terbuka menerima bekas pesakit covid

    BalasPadam
  2. Kalau boleh nampak virus tu senanglah nak elak..

    Semoga segalanya cepat berakhir, Amiiinnnn.

    BalasPadam
  3. Kesiankan.
    Betapa sukarnya mereka harungi semua itu.

    BalasPadam
  4. pesanan yang baik, sebab selalunya memang akan dipandang semacam huhu

    BalasPadam
  5. Kena ubah mentaliti.
    Masih belum pecah lagi empat digit.

    BalasPadam
  6. Tang tangkap gambar tu memang ramai yang buat. Berebut likes la tu

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.