Larian 2020, belum capai 500 kilometer

Kurang sebulan lagi 2020 akan menamatkan tirainya. Target masa awal tahun 2020 dulu buat sasaran untuk larian tahun 2020 dalam 500 km gitu. Dalam sebulan dapat 2x larian 10km dan dalam seminggu dapat lari 5km secara selang sehari saya jangka dapat lah kot 500km.

Tapi asbab pkp dan covid sasaran tersasar dah haha.

Kumulatif larian 334km setakat 5 Disember 2020. Gunakan strava untk rekod aktiviti larian.

Sekarang dah masuk musim hujan jadi petang selalu hujan susah sikit nak keluar joging.

Perlu ambil peluang curi masa  untuk berlari waktu pagi bila ada cuti je lah sekarang.

Tengok dalam media sosial sekarang ni ramai yang buat larian virtual untuk Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2020 (KLSCM VR2020), good luck diucapkan kepada yang join walaupun dalam keadaan hujan. Terus patuhi SOP.

Memandangkan dah masuk musim hujan, untuk elak stamina drop kena buat senaman from home macam biasa je lah.

Pilih jenis senaman mengikut kesesuaian dan keperluan diri.

Ini antara senaman yang boleh dilakukan di dalam rumah je

1. Senaman Kardio. Contoh : Skipping, lompat bintang, lari setempat

Untuk kekuatan jantung dan paru-paru, meningkatkan stamina dan menurunkan berat badan 

2. Senaman Mengangkat Berat (Weight Lifting) untuk membina otot. 

3. Senaman Regangan (Stretching) untuk kekuatan sendi. Ia juga digunakan memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti fizikal yang lebih intense.

Semoga bermanfaat.

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Sasaran yang tinggi. Terbaik lah. Saya hanya sasarkan untuk tahun ini 3 Juta step untuk tahun ini. Tapi nampaknya masih jauh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaik..ayuh gunakan masa yg berbaki ni.

      Padam
  2. kagumnyaaa 100KM setahun.. tapi possible sebab kalau 8KM/sebulan boleh achieve hehe :)

    BalasPadam
  3. Saya lagilah tersasar 2020 ni. Kurang betul aktiviti riadah. Berjaya beberapa kali jump rope je. huhu..sedih betul mengenangkan.

    BalasPadam
  4. Saya lagilah takde sasaran pun. Aktiviti riadah lagi la sejak musim covid ni. Nampaknya kena la start balik gini huhuh

    BalasPadam