Manfaat tidur malam

Malam dijadikan antaranya adalah sebagai masa untuk berehat. Sebab itu malam itu umpama selimut yang meliputi kita.

Sebab itu tak digalakkan kalau terlalu letih bekerja di siang hari nak bersenam atau bersukan pada malam hari.

Ini artikel berkenaan kelebihan tidut malam yang diambil dengan keizinan dari Hello Doktor.

Selalunya kita memandang remeh tentang kepentingan tidur. Itu yang ada individu sampai tidak kisah jika berjaga malam. Tetapi sebenarnya ada 7 manfaat tidur malam yang perlu anda ketahui.

Manfaat tidur malam

Jika dahulu, tidur adalah antara perkara yang sering dianggap remeh. Namun seiring dengan peredaran masa, ramai individu mula menyedari tentang kepentingan tidur dalam kehidupan seharian dan kesihatan.



Sebagai contoh, kita sudah memahami tentang manfaat tidur malam sekurang-kurangnya 8 hingga 9 jam sehari. Bagi individu yang mendapat tidur kurang daripada jumlah yang diperlukan, mereka akan berdepan dengan risiko mengalami masalah kesihatan.

Ingin tahu kepentingan tidur malam yang lain? Berikut adalah 7 kebaikan tidur waktu malam yang perlu anda tahu:

1 - Jantung sihat

Masalah serangan jantung dan angin ahmar lebih kerap terjadi pada waktu awal pagi. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh hubungan yang terjadi antara tidur dengan saluran darah. 

Tidak mendapat tidur yang mencukupi dipercayai akan memburukkan lagi keadaan tekanan darah dan kolesterol – sekali gus menjadi faktor punca penyakit berkaitan jantung dan strok.

Jantung anda akan menjadi lebih sihat jika anda dapat tidur antara 7 hingga 9 jam setiap malam. Jadi, pastikan badan mendapat rehat yang cukup, okay?

2 - Mencegah kanser

Tahukah anda individu yang perlu bekerja pada waktu malam lebih cenderung untuk mengembangkan kanser payudara dan kolon? Penyelidik percaya keadaan ini mempunyai kaitan dengan pendedahan berlebihan kepada cahaya.

Ini kerana cahaya dipercayai mengurangkan tahap melatonin. Ia adalah sejenis hormon yang mengawal kitaran tidur-bangun. Ia dipercayai dapat melawan kanser dengan mencegah pertumbuhan tumor. 

Jadi apabila hendak tidur malam, mungkin anda boleh menggunakan cahaya lampu yang malap atau paling baik menutup lampu terus. Elakkan juga penggunaan alatan elektronik sebelum tidur bagi membantu badan menghasilkan melatonin mengikut keperluan. 

3 - Mengurangkan tekanan

Apabila badan kurang tidur, ia boleh berada dalam keadaan yang tertekan. Badan akan berada dalam keadaan kewaspadaan yang tinggi. Situasi tersebut boleh menjadi punca kepada tekanan darah tinggi dan menggalakkan pengeluaran hormon tekanan.

Tekanan darah yang tinggi boleh meningkatkan risiko untuk mengalami tekanan jantung dan strok. Lebih memburukkan keadaan, hormon tekanan yang semakin banyak dalam badan akan menyukarkan lagi peluang anda untuk tidur. 

Anda boleh belajar teknik menenangkan diri bagi mengatasi tekanan dan membantu anda tidur dengan lebih cepat. Jadi bolehlah anda beroleh manfaat tidur malam selepas ini!

4 - Mengurangkan kerengsaan

Peningkatan hormon tekanan yang berpunca daripada tidak mendapat tidur yang mencukupi boleh menyebabkan kerengsaan dalam badan anda. Keadaan ini pastinya boleh menyebabkan anda lebih terdedah kepada penyakit berkaitan jantung.

Bukan itu sahaja anda juga cenderung untuk mendapat masalah kesihatan seperti diabetes dan kanser. Kerengsaan dialami boleh menyebabkan fungsi badan semakin merosot seiring peningkatan usia.

5 - Meningkatkan kewaspadaan

Kepentingan tidur yang mencukupi bukan sekadar melibatkan aspek kesihatan semata-mata. Namun manfaat tidur malam untuk tempoh 8 hingga 9 jam boleh menjadikan badan lebih bertenaga keesokan harinya. 

Rehat yang mencukupi pastinya dalam membantu meningkatkan tahap kewaspadaan diri anda dan menjadikan anda lebih aktif pada hari tersebut. Ia sekali gus meningkatkan peluang untuk mendapat tidur malam yang baik.

6 - Memperbaiki memori

Saintis masih tidak memahami mengapa kita tidur dan bermimpi. Tetapi mereka mendapati tidur memainkan peranan penting dalam proses yang dikenali sebagai penyatuan memori (memory consolidation).

Semasa tidur, badan mungkin berehat. Namun, otak sedang sibuk memproses hari anda, membuat sambungan peristiwa, input deria, perasaan dan kenangan.

Tidur yang lena penting untuk otak membuat hubungan dan kenangan, dan mendapat tidur yang berkualiti membantu anda untuk lebih mengingati dan memproses sesuatu perkara dengan lebih baik. 

7 - Mengurangkan berat

Manfaat tidur malam yang paling penting adalah ia mungkin membantu menurunkan berat anda. Mengikut kajian, individu yang tidak mendapat tidur yang cukup lebih cenderung untuk berdepan masalah obesiti atau berlebihan berat badan. 

Ia mempunyai kaitan dengan kepentingan tidur terhadap keseimbangan hormon dalam badan yang mempunyai hubungan dengan selera makan. Jadi make sure tidur malam ini cukup 8 hingga 9 jam, okay?

Tidur siang vs tidur malam

Tidur siang atau napping merupakan antara cara mudah untuk membantu meningkatkan prestasi kerja, tahap kesihatan dan kesejahteraan diri. Terdapat bukti saintifik yang menunjukkan kepentingan tidur siang.

Ia dikatakan dapat memperbaiki prestasi ketika kerja dan tahap kewaspadaan seseorang individu walaupun selepas mendapat tidur yang mencukupi. 

Namun tidur siang secara berlebihan bagi menggantikan tidur malam yang tidak mencukupi adalah tidak digalakkan. Ini kerana ia mungkin menjadi punca anda semakin sukar untuk melelapkan mata pada waktu malam. 

Ikut kesesuaian diri

Kini anda sudah menyedari mengenai manfaat tidur malam kepada kesejahteraan diri. Jadi selepas ini mungkin anda boleh cuba untuk memberikan badan rehat yang secukupnya.

Manakala anda mungkin perlu menghindari tidur siang jika mendapati waktu tidur malam anda menjadi lebih sukar selepas napping. Jika keadaan anda semakin teruk, anda mungkin perlu berjumpa pakar bagi mendapatkan rawatan sewajarnya. Selamat menyambut Hari Tidur Sedunia!

Sumber artikel adalah dengan keizinan dari Hello Doktor. Sumber asal artikel di SINI.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. tidur siang ni bahaya, kalau hujung minggu napping tu kadang sampai 2 jam... hahahah

    BalasPadam
  2. nice sharing.... mmg penting tidur... kadang2 kepala xnk tidur tp organ da letih da buat kerja..hihih

    BalasPadam
  3. Zaman remaja dulu memang tak tidur malam, sekarang ni kalau tak tidur malam, esok tu jadi zombi la haha

    BalasPadam
  4. Yang penting badan kita kena cukup rehat.

    BalasPadam
  5. Good sharing cikgu tq for sharing

    BalasPadam
  6. Tak dinafikan banyak manfaat tidur malam ni. tapi nak tidur awal tu yang payah nak ubah dari kebiasaan. Betul! Tidur siang akan membuatkan malam susah nak tidur.

    BalasPadam