Frontliner kepenatan..

600+ lebih kes baru covid 19. Tak tahu nak cakap macam mana dah, tapi sekarang bukan masa nak berbalah sesama kita. Fokus untuk tewaskan musuh kita yang satu ni.

Dengar pengumuman macam biasa dari Dr Noor Hisham tadi sebak betul nada suaranya, nampak penat, letih, sedih. 


Dr. Noor Hisham dan team bekerja setiap hari dengan jadual yang padat serta sentiasa terdedah bahaya.

Perjuangan dan pengorbanan frontliner semua perlu senantiasa diterapkan dalam jiwa kita supaya menghargai jasa dan penat lelah mereka dalam situasi covid ini.

Walau kes naik tapi kerajaan tak dapat buat PKP lagi kerana ia akan jejaskan sosial dan ekonomi. Betul tu, PKP tak sama buat semua orang.

Kajian kata virus ni akan terus ada dengan kita beberapa tahun lagi seperti virus denggi dll...

Dan sekarang kita semua adalah frontliner dan terus #kitajagakita dan #staycalm.

Jom kita flatten the curve, again.

Frontliners are our herous..

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. penat, stress pasti lah kan, kealpaan yang membawa kepada kemudaratan , semoga sekali lagi kita dapat mengatasi ujian hebat ini , aamiin

    BalasPadam
  2. Mudah2an dapat dibendung penularannya

    BalasPadam
  3. semoga semuanya cepat reda...

    BalasPadam
  4. geram sebab kita takleh buat apa2 :(

    BalasPadam
  5. memang dengar suara Dr Noor Hisham semalam macam sebak gitu, macam penat...
    dan semalam ramai yang marah PM sebab tak umumkan PKP, walaupun akak faham mereka risau, akak pun risau pada kelurga dan anak tapi terpikir juga ekonomi negara baru nak pulih, kalau PKP kesian pada yang baru mula kerja, yang kerja sendiri, yang kerja swasta macamne mereka nak teruskan hidup kalau tak kerja. Akak ni sebagai penjawat awam kalau PKP at least gaji jalan lagi, tapi orang lain...

    Kita doakan semoga masalah ini cepat pulih, kita ikut setiap SOP yang ditetapkan... moga pak menteri semua pun jangan ulang apa yang mereka buat sebelum ini

    BalasPadam
  6. kita sama2 jaga diri , dan patuhi SOP

    BalasPadam
  7. Doa dan ubah sikap.InshaAllah keadaan beransur pulih.

    BalasPadam