Takde gambar = tak kerja?

Salam Rabu 2 September 2020. Eh dah September rupanya. 

Ok pos kali ni santai je sebenarnya berkenaan cara kerja zaman sekarang. Betul teknologi zaman sekarang canggih dan banyak mempermudahkan urusan contohnya semua arahan dan makluman boleh disampaikan melalui whatsapp sahaja.

Tapi kalau whatsapp sentiasa diguna untuk urusan kerja sepanjang masa jadi merimaskan. 

Bila buat sesuatu kerja kena update selalu dalam whatsapp gambar buat kerja, baru nampak kerja itu dibuat. Pos saja gambar walaupun sikit pasti dipuji kerja itu dibuat, sempurna atau tak lain cerita.

Kadang ada kerja yang tak dibuat, guna gambar recycle saja maka kerja dianggap siap.

Dengan cara kerja begini, buat kerja ada gambar = kerja on dan siapp.. Tapi buat kerja tanpa gambar, dianggap kerja tak siap, tak buat.

Begitu juga di media sosial. Siapa yang rajin up status dan gambar dia sedang bekerja padahal cara kerjanya sama je dengan kita, pasti mendapat lebih pujian dan kepercayaan.

Kadang terfikir pasal perkara ni, zaman sekarang beza betul dengan zaman dulu. Zaman ini sesuatu  kerja itu perlu untuk 'ditunjuk-tunjukkan' maka lebih nampak lah kita ini bagus dan buat kerja.

Hehehe sekadar pendapat. Janganlah kita jadi orang yang buat kerja dan ada gambar tapi kerja yang dibuat tidak memuaskan.

Kerja itu amanah. Gambar sumber google

Fikirkan bahawa setiap kerja itu ibadah dan kerana Allah pasti setiap kerja itu jadi mudah dan berkat. Walau ada orang tak lihat, namun Allah tetap melihat setiap kerja kita.

Adakah anda setuju dengan kenyataan ini?

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Ikhlas dengan diri sendiri. InshaAllah bahagia.

    BalasPadam
  2. Bila sebahagian besar tugas melalu whatsapp sebenarnya berbahaya juga.Kalau tidak dikawal betul betul melalaikan.lagi satu PC kurang berkenan bila lambat sikit bagi laporan pihak atasan tegur mengapa lewat sedangkan kita perlu peruntukan masa dengan keluarga,dengan Tuhan dan istirehat.

    BalasPadam
  3. Zaman sekarang macam tu la.kena tunjuk kita buat kerja walaupun kerja tu kecik je. Kena juga tunjuk supaya orang kata kita buat kerja. Kalau tunjuk kita rilek je orang kata kita malas , padahal kita masuk awal, siapkan kerja kita cepat2 supaya siap cepat..


    Kalau kerja2 yang perlu online tak payah guna wasap.Pakai telegram lagi senang.Tak kacau storage phone. jadi kita rasa la juga bab kerja dan bab peribadi tu diasingkan sikit. Saya jenis cepat serabut bila tengah2 chat dengan keluarga, tetiba masuk wasap tanya hal kerja. Boleh ganggu mood saya..

    BalasPadam
  4. Kadang memamng kena tunjuk dah macam satu keperluan kerja.
    Tapi kalau sembahyang dan tengah mengaji tu tak perlu kot nak tunjuk

    BalasPadam
  5. Kalau buat laporan projek pun kena sertakan gambar sebagai bukti kerja dah siap

    BalasPadam
  6. Payah juga macam ni tapi kalau kerja yang memerlukan update dengan gambar sebagai bukti nak tak nak kena jugalah bagi kerjasama.

    BalasPadam
  7. Ya betul tu kekadang saya pun hairan kenapa pengerusi meeting nak sangat suruh kita ni bergambar masa meeting nak tunjuk Kepada boss di atas melalui WhatsApp.
    Yang penting adalah output sebenar kerja tu.

    BalasPadam
  8. Pada mama.apapun keje elok Ada Gabar senang nak explain. Kalau tulis susah juga nak Cari ayat

    BalasPadam