Tak kira tua atau muda. Awas ketagihan game!

Anda suka main game? Anda main game jenis apa? Mobile atau konsol? Tak lama lagi PS5 nak keluar. Wow siapa yang tak suka main game kan, saya pun tak terkecuali suka main game tapi dalam keadaan berpada-pada dan tak lupa dunia dan tanggungjawab.

Sekadar suka-suka mengisi masa yang lapang. Ikuti tulisan dalam artikel ini

Permainan video atau video game merupakan salah satu daripada aktiviti yang banyak dimainkan oleh ramai orang pada masa lapang termasuklah orang dewasa.


Namun, pada tahap manakah permainan video ini mula dikategorikan sebagai ketagihan game? Ikuti jawapannya di bawah ini.

Apakah ketagihan permainan video?

Ramai yang tidak sedar bahawa kebanyakan daripada mereka mungkin sedang mengalami ketagihan terhadap permainan video.
Permainan yang pada mulanya hanyalah sebagai satu cara mengisi masa lapang, kini telah banyak menjejaskan keadaan kesihatan mental pemainnya.

Walaupun American Psychiatric Association (APA) tidak mengelaskan ketagihan game ini dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM), namun WHO ada menyatakan ‘gaming disorder‘ dalam International Classification of Diseases (ICD-11).

Menurut WHO, ‘gaming disorder’ adalah corak tingkah laku permainan yang berterusan atau berulang, yang mungkin dilakukan dalam talian atau luar talian.

Tingkah laku tersebut ditunjukkan oleh gangguan kawalan terhadap permainan, peningkatan keutamaan yang diberikan kepada permainan sehinggalah mainan lebih diutamakan daripada kepentingan hidup dan aktiviti harian yang lain.

Selain itu, terdapat kesinambungan atau penerusan permainan walaupun berlakunya kesan-kesan yang negatif ke atas pemainnya.

Walaupun kebanyakan daripada pemain video game ini tidak mengalami ketagihan game, WHO menganggarkan terdapat antara 3% – 4% pemain yang mengalaminya.

Perbezaan ketara yang menentukan sama ada video game tersebut sihat atau sebaliknya adalah bagaimana permainan tersebut menjejaskan kehidupan seseorang secara negatif. 

Apakah tanda-tanda jika seseorang itu alami ketagihan permainan video?
Menurut kriteria yang dinyatakan melalui DSM-5, anda perlu memiliki sekurang-kurangnya 5 atau lebih tanda-tanda yang dinyatakan di bawah ini dalam tempoh 1 tahun untuk dikategorikan sebagai mengalami ketagihan.

Antara tanda-tanda ketagihan tersebut ialah:

- Selalu berfikir berkenaan gaming sepanjang masa

- Rasa sedih sekiranya anda tidak dapat bermain video game

- Perlu habiskan banyak masa bersama video game untuk mendapatkan kepuasan

- Tidak mampu untuk menghentikan permainan tersebut atau mengurangkannya

- Tidak mahu melakukan perkara-perkara lain yang pernah dinikmati sebelum ini

- Mempunyai masalah sama ada di sekolah, di rumah atau di tempat kerja disebabkan oleh permainan video tersebut

- Terus tetap bermain permainan video walaupun sedar mengalami masalah atau gangguan disebabkan oleh permainan video

- Menipu orang lain berkenaan jumlah masa yang dihabiskan untuk bermain permainan video

- Menggunakan video game sebagai medium untuk melegakan emosi dan perasaan

- Berasa bosan, resah atau sedih jika tidak dapat bermain video game (simptom withdrawal)

- Bermain permainan video sehingga memutuskan hubungan dengan pasangan, kehilangan pekerjaan, atau pelajaran terjejas dan merudum

Cara untuk mengawal ketagihan game yang dialami

Jika anda mempunyai ahli keluarga yang mengalami ketagihan ini, atau diri anda sendiri yang mengalaminya, cuba lakukan beberapa tip yang dinyatakan di bawah ini:

Tetapkan masa bermain permainan video. Kawal waktu permainan tersebut agar tidak melampau-lampau

Jauhkan sebarang gajet seperti telefon pintar dan tablet daripada anda ketika sudah hampir waktu tidur

Alihkan perhatian anda daripada terus bermain permainan video seperti keluar rumah, bersiar-siar, melancong atau bersukan

Berjumpa dengan ahli psikologi untuk mendapatkan terapi seperti terapi tingkah laku kognitif (CBT) bagi mengurangkan ketagihan yang dialami

Jaga-jaga, ini kesan yang mungkin terjadi kepada kanak-kanak jika alami ketagihan

American Academy of Pediatrics (AAP) menyatakan, pendedahan terhadap keganasan yang ditonjolkan dalam media termasuklah video game boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut mempunyai tingkah laku yang agresif.

Selain itu, kanak-kanak juga mungkin akan lebih mudah menerima tingkah laku keganasan yang ditonjolkan dalam game dan menganggapnya sebagai satu yang normal.

Oleh sebab itu, ibu bapa atau penjaga amat perlu mengawal dan memerhatikan sebarang game yang dimainkan oleh anak-anak di rumah. 

Ketagihan bergantung kepada sikap seseorang

Ada yang berpendapat bahawa video game lebih memberikan kesan negatif kepada pemainnya. Ini termasuklah menggalakkan keganasan, seksisme, kelucahan dan mengelakkan pergaulan sosial sesama manusia.

Ada juga yang melihat bahawa video game ini mampu menjadi satu medium pembelajaran untuk kanak-kanak, merangsang kreativiti dan membangunkan karakter seseorang.

Sebenarnya,video game ini mempunyai kedua-dua kebaikan dan keburukan.

Kesan negatif yang mempengaruhi seseorang individu tersebut akibat daripada ketagihan video adalah berpunca daripada sikap pemain terhadap game itu sendiri dan juga kehidupannya. 

Sumber artikel dengan keizinan dari Hello Doktor. Artikel asal DI SINI.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tak kira tua atau muda. Awas ketagihan game! Tak kira tua atau muda. Awas ketagihan game! Reviewed by cikguzim on 3.9.20 Rating: 5

12 ulasan:

  1. Saya sekarang ketagih juga main game home design, hari2 mesti nak main

    BalasPadam
  2. Ada anak saudara sorang memang asyik game je yang dia tahu. Sampai tak mau kemana2. Balik kampung pun mengadap game.

    BalasPadam
  3. risau lah kadang sampai sanggup tak makan tak kencing berak semata nk main game je... buat masa ni si aiyan tu terkawal lagi lah, ada masa layan kartun kt tv, layan game , buat keje sekolah main permainan ... emaknya udah tua nak layan game lama2

    BalasPadam
  4. susah ketagih ni, kadang main sampai tak ingat dunia..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    BalasPadam
  5. Sangat risau bila tengok ada yang ketagih main game ni.Kadang dah jadi macam terasing dengan dunia dia sendiri.

    BalasPadam
  6. Betul la kalu dah ketagih game ni bukan irang laki je , orang perempuan pun selalu suka juga main macam pubg tu

    BalasPadam
  7. Masalah ketagihan game ni pun berlaku dengan anak remaja saya terutamanya sepanjang PKP sukar dibendung. Masa fasa pemulihan PKP banyak kan dibawa aktiviti luar yang mudah jaga social distancing seperti hiking, snorkeling dan sebagainya kurang sikit main game. Ini nampaknya dia sudah minat memancing, bolehlah cari spot memancing pula. Kena cari hobi baru selain dari main game.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah mama.dah xde penyalit ketagih game. Penyalit malas berblog Ada la haha

    BalasPadam
  9. Ketagih kena kawal kalau tak ganggu kehidupan... Masalah bila ketagih, anak ajak borak pun kena marah...oleh kerana kami suami isteri kaki game tp jenis yang berbeza maka saling mengingat kalau salah seorang trlalai...husband tetap syarat..depan anak jangan buka game...hahaha...

    BalasPadam
  10. Pada awalnya, ketagihan game ini bermula sebagai hobi. Saya telah nampak sendiri berlaku dengan anak sulung saya. Setelah membuat kajian membaca beberapa artikel yang berkaitan, ada beberapa tanda amaran yang harus diperhatikan, untuk menentukan atau tidak seseorang menderita ketagihan game. :

    * Hobi Dominan: Apabila permainan menjadi aktiviti dominan dalam kehidupan seharian seseorang.

    * Kesan Sampingan Ketara: Apabila gejala seperti mudah marah, sedih, atau cemas mulai muncul ketika permainan diambil.

    * Penggunaan Berlebihan: Ketika individu itu terus bermain walaupun ada kesan negatif dalam hidupnya.

    * Kekurangan Tidur: Apabila individu menghabiskan terlalu banyak jam untuk bermain malam.

    Utk bacaan lebih lanjut di sini:https://www.solaceasia.org/blog/gaming-addiction-when-an-hobby-becomes-a-disease

    BalasPadam
  11. Betul tu, pada awalnya main game itu bermula sebagai hobi. Antara beberapa tanda amaran yang harus kita diperhatikan, untuk menentukan seseorang itu ketagih game atau tidak:
    * Hobi Dominan: Apabila permainan menjadi aktiviti dominan dalam kehidupan seharian seseorang.
    * Kesan Sampingan Ketara: Apabila perasaan seperti mudah marah, sedih, atau cemas mulai muncul ketika permainan diambil atau di tarik balık. Info selanjutnya boleh baca di sini: https://www.solaceasia.org/blog/gaming-addiction-when-an-hobby-becomes-a-disease

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.