Lagi banyak minum waktu sahur, lagi banyak ke tandas

Demam malam semalam, rasa pening sangat kepala dan tak larat nak solat tarawikh aduh rugi betul rasa tapi memang rasa tak larat dah semalam lepas solat Isyak. Lepas Isyak je badan rasa seram sejuk dalam jam 10 dah tertidur.

Air pun kurang minum, jadi bangun sahur tadi  minum banyak air supaya badan sejuk. Pagi ni dah kurang demamnya dan dah larat nak puasa. Biasa memang jarang minum banyak air waktu sahur, minum segelas dah cukup kalau minum lebih asyik-asyik nak ke tandas la jawabnya.

Waktu sahur patut makan sederhana je dan tak minum berlebihan. Kalau tidak asyik nak ke tandas siang nanti jadi lesu jugak badan. Huhu.

Yang penting jangan lupa bersahur. Alhamdulillah setakat ni tak pernah miss bersahur dan solat Subuh berjemaah. Moga istiqamah.

Sahur itu sunat.
Solat subuh itu wajib.
Jangan bangun untuk sahur je, tapi bila subuh tidur semula, tak solat.

Hukum tidak bangun sahur. Sumber info dari Dr Zulkifli. Bangunlah bersahur walaupun hanya untuk minum seteguk air. Dalam sahur ada keberkatan.

Salam Nuzul Al-Quran, jom khatamkan Quran.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Salam Nuzul Al-Quran...waktu sahur jg waktu mustajab berdoa..

    BalasPadam
  2. sahur jarang saya nak minum air 1 cawan je sebab memang saya jenis kuat minum air hahaha. walaupun tahu lepas sahur akan tencing banyak tapi nak juga minum banyak hee.

    BalasPadam
  3. Mudah2an dah sihat sepenuhnya.
    salam Nuzul Quran

    BalasPadam
  4. betul, sebaiknya minum secara berkala selepas berbuka sehingga waktu sahur tu..supaya tak rasa bloated dan kurang pembuangan air dari badan..

    BalasPadam