Manfaat teh hijau selain untuk kurus dan kempis perut

Bila menjawab pertanyaan tentang betul ke minum teh hijau boleh kurus?? Teh hijau ni boleh jadi ubat kurus ke? Semudah mana teh hijau ni boleh kuruskan badan? Berapa lama boleh kurus dengan teh hijau?

Ini jawapan dari pengalaman saya sendiri, saya jawab ikut susunan soalan. Boleh, bukan ubat kurus, tak mudah sebab kena usaha yang lain juga, kesan seawal seminggu dah boleh rasa kalau kena dengan caranya.

2015 vs 2018. 89kg vs 70kg

Kesimpulan, minum teh hijau secara KONSISTEN disamping lakukan senaman dan jaga makan BOLEH buat kita kurus. Selain dari buat kita kurus, apa lagi manfaat teh hijau? 

Saya ada buat pos tentang manfaat teh hijau untuk kurus sebelum ni dan perkongsian di fb pernah mencecah 5k shares.


Tapi kali ni nak huraikan lebih lagi dengan manfaat lain teh hijau ni. Ada banyak manfaat teh hijau antaranya : 

1. Anti penuaan. 

Kalau nak nampak muda remaja boleh minum teh hijau selalu, dalam teh hijau ada zat yang boleh melambatkan penuaan dan meremajakan kulit supaya nampak muda.

Bukan dengan minum teh hijau je, boleh gunakan teh tu sendiri untuk disapu pada muka. Pecahkan uncang, campur air sikit dan lumur pada muka. Kira buat macam pakai mask la. Lepas tu dicuci muka tu.

2. Elak rambut gugur. Bukan saja elak gugur, nak lebatkan pun boleh.

Teh secara amnya, mempunyai antioksidan yang tinggi yang bukan sahaja bagus untuk tubuh, tapi bagus untuk rambut. Dan juga bahan semulajadi seperti tannin, polyphenol, vitamin A, B1, B2, B3, C dan E. Serba lengkap. Semua bahan ni dpt rawat masalah rambut seperti gugur, kering, kusam, berbau, bercabang dan kelemumur.

Ladang teh. Lihat hijau hati akan tenang. Warna hijau antara warna kegemaran nabi.

Caranya? Sama macam kita buat masker tadi, pecahkan uncang. Ambik cebisan teh hijau dan masukkan dalam mangkuk dan letak minyak zaitun 2 sudu besar dan lumurkan pada rambut selama setengah jam kemudian bilas. Buatlah 3 kali semingu atau rajin buat setiap hari.

3. Beri tenaga dan metabolisme.

Seperti kopi, teh hijau ada kafein, komponen ni adalah salah satu komponen utama. Cukuplah untuk mengatakan bahawa tidak kurang kafein daripada kopi sebenar. Seperti yang diketahui, kesan kafein pada sistem saraf manusia adalah dalam bentuk perangsang, yang membawa kepada pembebasan yang disebut hormon tekanan. Inilah yang menyebabkan pecutan metabolisme dalam tubuh manusia.  Kerana tindakan kafein ni akan tingkat metabolisme dan beri tenaga kepada kita. Itu sebab kalau kita minum teh waktu malam kita susah nak tidur dibuatnya.

4. Anti kanser.

Sejak 20 tahun lalu dah pun dilakukan kajian terhadap teh hijau ni dan  kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah  pengambilan teh hijau ni makin di percayai dapat mengurangkan risiko  terkena penyakit kanser. 

5. Menurunkan  tahap gula dalam darah.

Dr Minowada dari University Kyoto telah  mendapati pengambilan teh hijau boleh menurunkan gula dalam tekanan  darah. Ini baik bagi pesakit diabetes dan kencing manis.

6. Membantu mengurangi kadar  kolesterol jahat (LDL). 

Peneliti dari China, Xin-Xin Zheng dan  pasukannya dari Peking Union Medical College, Beijing, China melakukan  kajian dan penelitian mengenai teh hijau. Perkara ini boleh menjelaskan  mengapa kebiasaan minum teh hijau berkait rapat dengan penurunan risiko  penyakit jantung.

7. Mencegah osteoporosis.

Penyelidik di  Hongkong mendapati bahawa teh hijau bermanfaat bagi tulang, sebagai  pencegah dan mengubati osteoporosis serta penyakit tulang yang lain.

8. Mempertingkatkan sistem immun (ketahanan tubuh). 

Kepekatan  Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu  kesihatan sistem imun tubuh. Menurut kajian di Jepun berkumur dengan teh  hijau dapat meningkatkan kekebalan dan terhindar dari influenza dan  flu. 

Penelitian di Harvard University juga menujukkan bahawa bahan kimia  teh hijau dapat merangsang sel gammadelta T. yang membantu sistem immun  terhadap bakteria dan virus. Musim covid 19 ni boleh la kita minum teh hijau banyak-banyak dan juga air suam seperti kata menteri.

9. Mencegah keracunan  makanan. 

Disebabkan teh hijau dikenal sebagai pembunuh bakteria, minum  teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria  kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya  seperti clostridia dan E. coli.

10. Membantu mengawal  tekan darah tinggi. Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan  dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin  II. Sesuai untuk pengidap penyakit tekanan darah tinggi.

Sememangnya dalam kepahitan itulah ALLAH letakkan  rahsia mujarabnya minuman ni. Kalau anda golongan yang mengutamakan  kesihatan boleh cari dan minum minuman ‘ajaib’ yang murah ni. 

Sedap juga minum teh hijau ais. Kalau letak daun pudina sekali fuh nyamannnn.

Moga kurus dan sihat selalu..

Wallahuaklam.


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. antara teh fevret saya juga ni.. tapi x konsisten minum =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadg sy pn tak konsisten juga tapi dlm seminggu tu ada

      Padam
  2. teh hijau ni mmg byk khasiat, kak pip minum ni dengan chia seed.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy pun ada juga cuba campur dengan chia dan flax seed..rasa dia macam serasi gitu.

      Padam