Lajunya Imam lepas takbir dah baca Al-Fatihah, baca doa Iftitah ke tidak?

Pernah tak kita follow imam baca doa iftitah yang baca laju? Kita tak baca lagi pertengahan doa iftitah, tapi imam dah mula baca Surah Fatihah.



Pernah kan? Lagi-lagi time solat tarawih.

Sebenarnya bukan sebab imam tu baca doa iftitah secara laju, tapi dia baca doa iftitah versi pendek.

Ini bacaan doa iftitah versi pendek:


اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا


Maksudnya: “Allah Maha Besar dengan segala kebesaran, segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, Maha Suci Allah, baik waktu pagi dan petang”

(Riwayat Muslim, no. 150)

Jangan kata benda ni bidaah pula. Ni memang bacaan doa iftitah Rasulullah SAW.

Lagi satu, bacaan doa iftitah ni ada banyak versi. Asalkan bacaan tu ada dalam hadis, maka kita boleh amalkan. 

Antara bacaan doa iftitah yang pendek juga ialah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ

Maksudnya: “Segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, pujian yang terbaik dan pujian yang penuh keberkatan di dalamnya”

(Riwayat Muslim, no. 129)

Ya, bacaan doa iftitah ni beza terus dengan doa iftitah yang kita lazim baca, tapi ianya tetap sunnah dan Rasulullah SAW pernah membacanya sebelum baginda membaca Surah Fatihah.

Kalau nak baca doa iftitah yang kita belajar selama ni pun boleh. Tak ada masalah.

Jadi, jangan marah imam pula ya kalau imam tu baca doa iftitah laju. Mungkin dia baca versi pendek punya.

P/S : Jika solat itu masih belum mampu mencegah dari perbuatan keji/mungkar; rasuah, menipu, main nombor, mengumpat etc maka cek lah cara solatnya...samada dilakukan sempurna atau tidak...itu pun kalau dia solat...

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Baca penuh untuk rekaat pertama sahaja.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. AAh betul la.. saya selalu je terfikir. Akhirnya hari ni saya dapat jawapan daripada entri ni. Terima kasih share info ni. SS pernah terbaca, walau sepantas mana pun kita mengejar masa utk solat, sebaik-baiknya sedekah juga Iftitah walaupun dibaca pendek. Waallahualam. Done follow #127

    BalasPadam