Ustaz Dato Ismail Kamus meninggal dunia

Telah meninggal dunia ulama pewaris nabi Ustaz Dato Ismail Kamus sebentar tadi.

Hilang lagi satu permata berharga di dunia. Ulama pewaris nabi meninggalnya di malam Jumaat malam 15 Ramadhan. Masyaallah mulia sungguh dan bertuah sungguh pemergian ustaz pada waktu ini jam 12.00 lebih tadi.


Selalu dengar ceramah beliau dalm forum perdana ehwal Islam satu ketika dulu. Selalu juga dengar ceramah beliau dalam mp3 berkenaan kisah dan cerita alam jin.

Satu persatu ulama pergi meninggalkan kita. Itulah antara tanda kiamat makin tiba. Namun alhamdulillah masih ada lagi ulama di sekeliling kita yang boleh doakan kesejahteraan kita.

Antara Ulama terpilih yang meninggal ketika hari / malam Jumaat, Tuan Guru Nik Aziz, Haron Din. Semuanya atas kuasa Allah SWT.

Ustaz dan ulama berfungsi untuk berdakwah dan memberi ilmu duniawi dan ukhrawi, membawa perkara makruf mencegah perkara mungkar.

Bayangkan suatu hari nanti bagaimana huru haranya dunia bila ulama sudah tiada?

Salam malam 15 Ramadhan 2020. Al Fatihah (dibaca)


Ustaz Dato Ismail Kamus meninggal dunia Ustaz Dato Ismail Kamus meninggal dunia Reviewed by cikguzim on 8.5.20 Rating: 5

2 ulasan:

  1. Al Fatihah.
    Moga kekal ada ulamak di dunia ini...dalam Malaysia ini.. AMIN...

    Dah 15 Ramadan rupanya

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.