Cara tukar tarikh tiket dan cara refund tiket Airasia

Sebab ramai yg tak tahu, ini cara utk buat credit account @ move flight bagi sesiapa flight terpaksa kena cancel dengan AirAsia kerana COVID19. Flight yang cancel ni Airasia yang buat bukan kita jadi kita ada hak untuk ubah tiket atau dapatkan refund semula duit.


Saya perasan ramai yg minta refund, dengan kata lain utk beli tiket baru,tapi, percayalah musim COVID ni harga tiket baru sebenarnya lagi lah sgt mahal.

Justeru, cara terbaik bg sesiapa yg masih ingin fly dlm tempoh terdekat adalah dengan “Move Flight” ke tarikh baru dengan tanpa sebarang cas.

Cara Tukar Tarikh Flight Airasia

Dalam tempoh PKP ni, ramai yang kena tukar tarikh flight lebih 3X sebab balik-balik kena CANCEL, dan masih menunggu utk balik.

Ada dua cara nak buat iaitu:

1) Chat with AVA ( Support AirAsia.com)
2) Over the counter (customer services di mana-mana Aiport International-KLIA,Penang, JB, KKIA n etc)-airport domestik tak boleh buat ye.

Semoga kita semua dipermudahkan utk balik ke destinasi masing-masing.

Yang ni pula tips refund duit kalau tak naik atau terlepas flight Air Asia.

Cara Refund Tiket Flight Airasia

Jadi, saya terbaca yang kita boleh refund tiket flight sebenarnya. Caranya:-

- Buka website AA atau app
- Chat juga with AVA


- Pilih Refund
- AirAsia New Refund Request
- Airport Tax Refund
- Masukkan booking number flight korang
- Masukkan reason kenapa korang nak refund. Dalam kes saya, saya tulis "Could not make it to aboard the flight." (Padahal sengaja taknak naik )
- Pilih korang nak refund dalam bentuk Credit Account AA atau masuk dalam akaun bank korang.
- Settle semua tunggu lah dapat email dari AA berjaya atau tak. Dalam seminggu mcm tu diorg process.

Baca juga : Cara Dapatkan Tiket Kapal Terbang Murah

P/s: Tapi kena request refund dalam masa 6 bulan dari tarikh flight korang terlepas atau yang tak jadi naik tu. Selepas 6 bulan dah x boleh request refund.

Covid 19 belum lagi ditemui penawar atau vaksin, elakkan melancong ke luar negara, melancong dalam negara dulu untuk naikkan balik ekonomi negara.

Cdt: syafaa, helmi

Catat Ulasan

1 Ulasan