Imuniti anda kuat atau lemah? Ini cara untuk kuatkan imuniti badan lawan penyakit

Dunia dilanda dengan penyakit baru pelik-pelik, SARS, Ebola, Ncov 2019 Novel Koronavirus, selsema burung, influenza A, B, C dll. Dunia sekarang pun bergerak tanpa sempadan, banyak penyakit dan virus merebak cepat. Ada yang dijangkiti meninggal, ada juga dapat sembuh dan pulih. Kenapa? Ia ada kaitan dengan imuniti kita untuk melawan penyakit sebenarnya. Anda bertuah jika imuniti badan kuat, jika lemah macamana?? 

Sistem imuniti badan ibarat perisai yang melindungi badan...

Saya selalu jer selsema dan demam, mungkin imuniti saya sederhana atau lemah. Takut juga tu, di sini Cikguzim nak kongsi cara untuk tingkatkan imuniti badan, punca imuniti lemah dan bahaya imuniti badan yang lemah, dan imuniti boleh ditingkatkan dengan gaya hidup kita rupanya.


Apa Itu Imuniti dan Sistem Imun?

Sistem kekebalan tubuh adalah penghalang semulajadi yang melindungi tubuh manusia daripada pelbagai jangkitan yang datang dari persekitaran luaran. Sistem ini terdiri daripada banyak komponen, termasuk nodus limfa dan vesel, serta limpa, sumsum tulang dan kelenjar timus. Organ-organ ini berinteraksi rapat antara satu sama lain, memberikan perlindungan terhadap toksin dan patogen. Selain itu, terima kasih kepada sistem imun, badan pulih daripada penyakit, pembedahan, kecederaan, dll.

Tahniah kepada mereka yang kuat sistem imunnya. Anda seperti iron man.

Sistem pertahanan badan terdiri daripada komponen sel-sel dendritik (dendritic cells), sel-sel makrofaj (macrophages cells), sel pembunuh semula jadi (natural killer cells) dan sistem komplimen (complement system).

Sel dendretik – berfungsi untuk menangkap dan memperkenalkan antigen kepada sel CD4 +dan sel limposit T bagi  merangsangkan permulaan sistem pertahanan badan dan memusnahkan antigen. Sel dendritik akan berkurangan bila usia meningkat.

Antara gejalan imuniti badan lemah; Selalu letih, selalu selsema, lambat sembuh luka, alahan kepada makanan, alahan kulit, masalah tidur, masalah pencernaan.

Makrofaj – berfungsi sebagai pemusnah dan pembunuh mikroorganisma di dalam sel. Kehadiran bakteria akan menyebabkan  makrofaj mengeluarkan sejumlah bahan kimia dan sitokin serta merangsang pengaktifan sel T. Untuk melawan sesuatu penyakit berlaku, sum-sum tulang menghasilkan sel B dan kelenjar thymus menghasilkan sel T. Sehingga umur 45 hingga 50 tahun seseorang dewasa hanya mempunyai 5-10% kelenjar thymus berbanding semasa peringkat puberti. Bila usia meningkat, kebolehan untuk menghasilkan antibodi makin berkurangan dan sel T hilang keupayaan untuk mengenal sel-sel asing dalam badan.

Sel pembunuh semula jadi – sel ini akan membunuh sel yang tertentu dengan spontan dan terlibat sebagai tuan rumah sistem pertahanan kepada berbagai tumor dan jangkitan infeksi. Fungsi sel ini tidak berubah mengikut umur.


Apa Sebab Imuniti Badan Lemah?

Imuniti rendah atau lemah mungkin dikaitkan dengan cara hidup. Khususnya, kekurangan zat makanan, hipovitaminosis, anemia, dan tabiat buruk (termasuk merokok, ketagihan kepada alkohol) menyebabkan gangguan itu. 

Pada kumpulan risiko termasuk penduduk kawasan dengan latar belakang radiasi yang tinggi. Di samping itu, gangguan sistem ketahanan mungkin disebabkan oleh neurosis, kurang tidur, kelebihan emosi, kekurangan atau, sebaliknya, lebihan tenaga fizikal.

Mudah kena selsema dan selalu demam tanda imuniti badan sederhana/ lemah

Sebaliknya, imunodefisiensi mungkin berlaku terhadap latar belakang penyakit tertentu. Sebagai contoh, faktor risiko termasuk kerosakan hati yang teruk, patologi darah, jangkitan, kecederaan, kanser, gangguan sistem perkumuhan, pencerobohan helminthik, kemoterapi, keradangan kronik, dan antibiotik jangka panjang.



Gambar di atas menunjukkan sebab imuniti badan kita lemah iaitu; Makanan manis dan berlemak, kurang bersenam, merokok dan alkohol, kurang tidur, tekanan dan stress, salahguna ubat dan antibiotik.


Bahaya Sistem Imun Badan Yang Lemah

Apabila kekebalan pertahanan badan itu lemah, fenomena ini berbahaya. Sekiranya sistem imun tidak berfungsi, badan menjadi lebih terdedah kepada pelbagai jangkitan. Selsema kerap tidak mungkin sesuai dengan seseorang. Alamak, saya biasa selsema dalam 2-3 bulan mesti kena selsema.

Lemah sangat gayanya tue...

Lebih-lebih lagi, kerosakan sistem imun menjejaskan keadaan seluruh organisma, yang membawa kepada pelanggaran tertentu. Risiko untuk mengembangkan penyakit kronik meningkat, dan jangkitan lebih sukar untuk dibawa. Pada pesakit yang mempunyai diagnosis yang sama, prestasi dikurangkan. Kelemahan yang berterusan dan mengantuk akan menjejaskan keadaan emosi. Itulah sebabnya mengapa kita tidak mengabaikan masalah itu - rawatan dan pencegahan yang betul adalah perlu di sini.

Yang ni tak pasti imuniti lemah atau frust...

Imuniti badan yang lemah memudahkan badan kena penyakit berjangkit dan sukar untuk sembuh. Ooo sebab tu la ada orang yang kena penyakit berbahaya pun ada harapan untuk sembuh kalau imuniti kuat.


Kesan klinikal  kekurangan sistem  pertahanan badan:

Penyakit berjangkit   – pengaktifan  semula penyakit berjangkit seperti herpes zoster di mana insiden meningkat 5 kali ganda di antara umur 45 ke 85 tahun.disebabkan  kehilangan sistem pertahanan selular badan terhadap virus varicella-zoster.


Penyakit HFMD, biasa kena pada bayi tapi saya dah pernah kena beberapa tahun lepas memang seksa penyakit ni. Baca ceritanya di : Kenangan Kena Penyakit HFMD

Tindakbalas terhadap pelalian ( imunisasi) – pengeluaran antibodi yang spesifik kepada antigen dalam vaksin  berkurangan  dalam warga emas menyebabkan pelalian yang diberi berkemungkinan kurang berkesan.

Kanser – disebabkan sistem pertahanan badan berkurangan,  ia tidak dapat mengenal dan menghapuskan sel kanser seperti kronik limpositik leukaemia (CLL).

Penyakit degenerasi akibat penuaan – ini berkaitan dengan fungsi sistem pertahanan yang berkurangan. Pengeluaran auto antibodi bercenderung untuk meningkat dalam penyakit kronik seperti hypothyroidism, diabetes mellitus, dan hypopituitarism.


Makanan Yang Bantu Tingkatkan Imuniti Badan

Ok ini cara paling senang, dengan makan je. Pemilihan makanan berkhasiat amat penting dalam memastikan pertahanan badan kukuh dan sentiasa bersedia menangkis sebarang serangan virus seperti selesema.

Amalan minum air kosong lapan gelas sehari pun, dapat tingkatkan imuniti tubuh menjadi lebih kuat.

Berikut beberapa jenis makanan yang mampu meningkatkan ketahanan badan sekali gus mengelak diri daripada mudah jatuh sakit............


Yogurt - Yogurt mengandungi probiotik iaitu bakteria sihat yang memastikan usus bebas kuman pembawa penyakit. Pengambilan hanya 198 gram yogurt sehari boleh membantu badan menjadi lebih sihat dan kuat.

Oat dan barli - Ni feveret saya ni setiap pagi. Bijirin ini mengandungi beta glukan, sejenis serat yang bersifat antimikrob dan memiliki keupayaan antioksidan. Ia meningkatkan imuniti tubuh, mempercepatkan luka sembuh dan membantu antibiotik bekerja dengan lebih cekap.

Bawang putih - Bawang putih memiliki bahan aktif alisin yang boleh melawan jangkitan dan bakteria. Pe­ngambilan dua ulas bawang putih mentah sehari atau mencampurkannya dalam masakan boleh memberi kebaikan pada tubuh.

Betik Betik sebenarnya adalah superfood yang murah dan mudah didapati di Malaysia. Ia mungkin tak sepopular avokado, buah delima, dan blueberry tapi ternyata ia memiliki khasiat yang cukup mengagumkan. Selain berkesan sebagai pelawas, buah betik juga mengandungi potassium, vitamin B, folat dan sejenis enzim papain yang berfungsi melawan keradangan sekaligus meningkatkan antibodi tubuh.

Kerang - Makanan laut seperti tiram, udang galah, ketam dan kerang mengandungi selenium yang membantu sel darah putih menghasilkan cytokin iaitu sejenis protein yang menyingkirkan virus selesema dari tubuh.

Sup ayam - Kemasinan sup ayam dan asid amino yang dihasilkan ketika ayam direbus membantu menghalang masalah keradangan dan memastikan mukus berkurangan. Menambah rempah dalam sup ayam termasuk bawang putih dan merah pula meningkatkan kebaikannya untuk pertahanan badan.

Terliur tengok gambar sup ayam......

Jambu batu - Selain oren dan buah-buahan sitrus, banyak lagi buah yang mengandungi kandungan vitamin C yang lebih tinggi, antaranya jambu batu. Pengambilan vitamin C boleh memperbaiki fungsi sistem imun manusia dan terbukti membantu mengurangkan simptom demam dengan berkesan.

Buah-buahan citrus - Buah-buahan sitrus seperti oren memang sinonim dengan Vitamin C kan?Sebenarnya, pengambilan vitamin C ni penting untuk badan sebab tubuh kita tak boleh menghasilkannya. Jadi sebab itulah kita kena kerap makan buah-buahan untuk memastikan kesihatan tubuh sentiasa terjaga.

Selain buah oren, buah-buahan sitrus yang tinggi vitamin C termasuklah lemon, limau, dan grapefruit. Bagi anak yang tak berapa suka makan buah-buahan sitrus ni, boleh juga buat jus!

Teh - Sejenis asid amino L-theanine dalam teh menghalang jangkitan virus. Mengambil teh setiap hari boleh meningkatkan imuniti tubuh. 

Teh pun boleh cegah kanser dan bantu kuruskan badan, baca Cara Minum Teh Hijau Untuk Kempis Perut Macam Jalan Yang Rata

Kacang AlmondBagi yang suka makan kudapan, makanlah kacang almond kerana ia mengandungi vitamin E. Pakar mengatakan vitamin E ini adalah kunci kepada sistem imun yang sihat.

Selain almond, kekacang lain seperti badam, pistachio dan kacang kuda juga mengandungi pelbagai manfaat untuk kesihatan

Daging lembu - Kekurangan zink antara paling banyak berlaku terutama bagi golongan vegetarian dan mereka yang tidak gemar makan daging.

Daging ialah sumber utama zink iaitu mineral penting bagi meningkatkan pertahanan badan. Kekurangan zink walaupun dalam jumlah yang kecil boleh meningkatkan risiko jangkitan.

Ia penting bagi pembentukan sel darah putih yang memusnahkan bakteria, virus dan jangkitan yang cuba mengancam kesihatan.

Bayam - Sayur bayam yang dimasak sedikit (light cooking) dipercayai dapat mengayakan kandungan vitamin A dan membenarkan pembebasan nutrien penting daripada asid oxalic yang mampu melawan pelbagai penyakit.

Patut la bayam simbol kekuatan dalam kartun Popeye, ada maksud disebaliknya rupanya...

Keledek - Kulit, organ terbesar tubuh bertindak sebagai kubu terhadap serangan pelbagai bakteria dan virus. Bagi memastikan kesihatan kulit, vitamin A penting dalam diet seharian untuk menghasilkan tisu penghubung iaitu komponen penting kulit.

Pengambilan makanan kaya beta karotin seperti keledek, lobak merah dan labu boleh dijadikan sumber vitamin A.

Cendawan - Cendawan juga mampu meningkatkan pengeluaran dan aktiviti sel darah putih menjadi agresif untuk melawan serangan penyakit.


Cara Lain Tingkatkan Imuniti Badan

Bukan dengan makanan je boleh tingkatkan imuniti. Amalkan cara hidup sihat melalui:

- Senaman yang mencukupi kerana senaman boleh menggalakkan system imun. Nak senam apa? Senam la apa-apa gi gym ke, lompat bintang ke, berlari ke. Nak lari laju dan kuruskan badan? Baca : Cara Lari Laju 5KM

- Tidak merokok dan elakan atau hadkan pengambilan alcohol kerana ini boleh melemahkan lagi system imun. Alhamdulillah saya tak merokok. Buat habih duit je!

- Sentiasa berwaspada dan mengambil ciri-ciri keselamatan untuk mencegah dari terjatuh dan kecederaan. Sistem imun yang lemah akan melambatkan proses kelegaan.

- Berjumpa doktor dengan segera jika jatuh sakit.

- Berpuasa, kajian pun kata berpuasa pun boleh tingkatkan sistem imun.

- Mengambil vaksin untuk penyakit tertentu atas nasihat doktor.contohnya vaksin untuk influenza dan pneumonia atau vaksin-vaksin lain yang dianjurkan oleh pihak kesihatan.

Bersenam mesti senyum, tak boleh dipaksa dan stress gittew. Enjoy the process and progress.

Harap perkongsian ni dapat membantu untuk tingkatkan imuniti badan dan melawan penyakit dan semoga virus koronavirus Wuhan yang sedang melanda dunia dan negara kita ni cepat reda. 

Allahu musta'an, semoga Allah membantu dan melindungi kita semua.
Imuniti anda kuat atau lemah? Ini cara untuk kuatkan imuniti badan lawan penyakit Imuniti anda kuat atau lemah? Ini cara untuk kuatkan imuniti badan lawan penyakit Reviewed by cikguzim on 9.2.20 Rating: 5

4 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.