Rileks sangat ke jadi cikgu? Sebagai seorang cikgu, saya rasa pernyataan ini ada betulnya seperti yang selaluuu dikatakan oleh orang bukan guru. 


Sebabnya : 

-Masuk kerja jam 7.30 pulang jam 1.00 petang.
-Banyak cuti gaji jalan

Ini yang biasa saya dengar.......

Tapi, tapi dalam masa yang sama :

-Guru biasa sekurangnya ada 25-35 waktu mengajar seminggu
-Mengajar 40 murid dalam 1 kelas. Sehari mungkin ada 4-5 kelas sehari. 40×5?? Bagaimana tugas menanda buku murid dan menyediakan bahan mengajar?
-Dalam cuti boleh dipanggil bertugas bila-bila masa
-Waktu meeting ada yang mencecah lebih jam 5 petang
-Perlu ingat bermacam pasword dan id untuk login macam-macam kerja perkeranian secara online dan juga offline cthnya ; kehadiran murid, disiplin murid, kenaikan pangkat, aset sekolah, pentaksiran kelas, sukan murid, survey, dan berbagai jenis pelaporan
-Perlu pergi pelbagai jenis kursus yang pelbagai bidang sebab silabus murid sering berubah dan bertambah setiap tahun. Setiap tahun pasti ada terselit tajuk2 baru dalam sukatan pelajaran
-Kadangkala mengambil risiko sendiri membawa murid berlatih dan bertanding sukan di tempat2 yang jauh seperti di peringkat zon, daerah atau negeri
-Guru kadangkala bukan juga jadi guru di sekolah tapi jadi juga tukang kebun, tukang cat, technician, kerani, doktor, ahli sukan dan lain-lain.
-Zaman sekarang murid tak boleh dirotan atau disentuh sebab akibatnya hmmmm....
-Dan yang lain-lain......banyak lagi.

Jadi memang betul bila ada yang kata jadi cikgu ni memang agak relaks pekerjaannya 😀