Cuti, maka diet pun ke laut?

Cuti panjang. Balik kampung, berjalan sana sini, makan macam2 di rumah dan sedap pula tu terutama masakan mak dan masakan mak mertua. Agaknya dapat diet tak? Of course la tak hahahah..

Bila balik kampung teringat hari raya, last balik kampung raya hari tu je. 

Tapi normallah tu. Rezeki jangan ditolak dan makan sajalah jangan sampai berlebihan. Makan bertambah itu normal dan takkan buat kita gemuk pun, kalau bertambah dalam 1-2kg masa cuti itu normal tanda bahagia ksn. Yang penting kurangkan yang manis dan masin.

Kalau saya balik kampung di Temerloh, makanan yang paling terkenal sekali adalah ikan patin. Fuhh lama tak makan patin especially masak lemak tempoyak ikan patin. Bahagian kepala dan perut ikan patin yang dipenuhi lemak-lemak yang lembik tu paling sedap sekali rasanya.

Ikan parin tempoyak. Sumber gambar pakcik Google

Ikan patin selain masak tempoyak, goreng sedap panggang pun sedap

Kuah ikan patin masak tempoyak secawan penuh pun rasa tak cukup sebab rasanya yang superb dengan campuran tempoyak, daun kesum yang secukup rasa tu perghhh.

Itu baru ikan patin, belum lagi campur ikan talapia, sambal hitam Pahang, kuih muih dan macam-macam lagi lah masakan sedap di sini. Itu yang bila makan memang bertambah nasi. Kalau ada masa nanti kita share resepi patin tempoyak lak.

Ok bercuti dulu, harap Temerloh dan daerah negeri lain di Pahang ni tak banjir besar kali ni. Last banjir paling teruk 2014 haritu. Harap2 lah, nak cuti lama ni.

Sungai Temerloh. Papan tanda di belakang tu pernah rosak teruk sebab banjir teruk 2014

Memantau sungai Pahang, hujan dah mula renyai beberapa hari ni. Harap Pahang tak banjir besar 2019.

Masih tengah fikir cuti sekolah kali ni nak berjalan ke mana ya....hmmm...

Ok, enjoy the holiday!
Cuti, maka diet pun ke laut? Cuti, maka diet pun ke laut? Reviewed by cikguzim on 27.11.19 Rating: 5

9 ulasan:

  1. time cuti kena kuatkan semangat dan nafsu jugak lah, hehehehehe

    BalasPadam
  2. Yela cuti sekolah banyak majlis jemputan. Pergi sudah tentu makan-makan. Hilang segala kisah nak diet.

    BalasPadam
  3. Pergi kenduri kawen pun dah boleh naik berat

    BalasPadam
  4. sekali-sekala nak makan best2 apa salahnya. bila buka sek kita diet balik.

    BalasPadam
  5. kalau diet ke laut, senaman kene laut dalam. baru jadi hehe

    Jemput singgah www.hellokerja.com

    BalasPadam
  6. hahah ani confirm.. klu kerj aok skit, busy smpi xdan nak makan

    BalasPadam
  7. Rindunya patin masak tempoyak. Lama dah tak makan. Kena tunggu balik Pahang baru boleh makan.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.