Insiden Jalur Gemilang bintang pecah 5 sungguh memalukan

Dari siang tadi ada orang share di media sosial pasal bendera Malaysia bintang pecah 5 bukannya simbol bintang tu sepatutnya 14 bintang.

Lepas tengok tv3 tadi baru tahu cerita sebenar. Kalau nak kata perkara ini tak disengajakan macam susah hendak percaya. 

Takkanlah orang yg bertanggungjawab bagi mencetak 'Jalur Gemilang' tak boleh buat rujukan dulu.  Kalau rasa tak yakin mcm mana bendera Malaysia, boleh la google dulu. Ini tidak, dua-dua bendera yang dipaparkan ada 5 bintang....


Ini ceritanya....

Pembukaan bola keranjang Piala Lum Mun Chak (Semua peserta orang Cina) Bendera Malaysia ada 5 bintang, sama dengan bendera negara China. Alasan penganjur tak perasan!

Jalur gemilang kebanggaan kita

Ini bukan jalur gemilang!

Takkan bertahun tahun dok kat Malaysia ni tak tahu macam mana rupa jalur gemilang?

Jom ulangkaji maksud warna dan simbol dalam bendera Malaysia aka Jalur Gemilang...


Budak sekolah rendah pun tahu macam mana rupa jalur gemilang. Jadi jawapanya: BIARLAH GAMBAR YANG BERBICARA....

Insiden Jalur Gemilang bintang pecah 5 sungguh memalukan Insiden Jalur Gemilang bintang pecah 5 sungguh memalukan Reviewed by cikguzim on 26.11.19 Rating: 5

5 ulasan:

  1. nampak macam pihak ni makin sengaja mencabar ya cikgu.

    BalasPadam
  2. Sangat tak masuk akak DN memaklumkan. X boleh nak akui org Malaysia kalau MCM ni kena hukum buang negara

    BalasPadam
  3. aduhai.. sedihnya mcm nie.. adik sy pun tau bendera Malaysia bentuknya mcm mana..

    BalasPadam
  4. memalukan, alasan tak perasan tu memang tak boleh di terima akal

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.