Tips diet hari raya & cara elak gemuk lepas raya


Bagi orang yang memang tengah on Diet dan dalam proses nak dapat berat ideal, menu Raya adalah salah satu cabaran yang perlu di harungi..

Sumber gambar : Google

Bila tengok kalori menu-menu raya, masing-masing dah cuak dan mungkin aka rasa stress sebab mungkin terpaksa untuk tidak menjamah makanan Raya...

Bagi saya tak wajarlah anda bersikap begitu, kalau stress pun akan merencatkan proses nak turunkan berat badan dan bila anda terlalu menahan diri untuk tidak menjamah menu-menu raya, ia memungkinkan anda mengambil makanan berlebihan apabila perut terasa lapar sangat.

So bagi yang sudah belajar dan faham soal  permakanan, diet kalori seimbang dan suku-suku separuh rasanya tidak sukar untuk anda mempraktikkan apa yang telah difahami.

So di sini saya nak memberi beberapa tips diet ketika syawal yang memang berkesan:

1. Banyak minum air masak , kalau boleh dah siap-siap kita prepare sendiri Air masak /kosong ketika berkunjung ke rumah  rakan-rakan atau saudara mara dan kurangkan air manis, ini secara tidak langsung jua dapat jimat kalori.

2. Kawal portion makanan, klu ambil sikit -sikit semua jenis menu, tapi bila dicamtumkan banyak pula kalori, so perlu berhati -hati juga yer.

3. Makan dalam pinggan kecil, dan kalau boleh Usha dulu, menu raya yang dihidangkan, kemudian baru boleh buat keputusan, nak makan apa.

4. Puasa sunat 6 / puasa sunat hari Isnin dan khamis, membolehkan perut kita berehat dari menyumbat menu-menu tidak sihat.

5. Senaman time beraya, yang ini paling sukar orang nak buat, sebab takut orang perlekeh, pekecil dan tidak ada masa... Dalam erti kata lain buat senaman yang mudah seperti briswalk, basic bodyweight around 30 to 45 minutes. 

6. Istiqomah, ingat semula apa yang kita iltizamkan, misi/visi Insyaallah Allah bantu permudahkan.

Kredit : Hasfarinar H

So enjoy Raya anda, jangan stress sangat. Diet secara sihat slow dan steady. Diet kalori terbaik.

Selamat hari raya dari cikguzim! =)

Catat Ulasan

2 Ulasan