Adik Ainul selamat jalani pembedahan buang kanser mulut germ cell tumor



Siapa Follow adik ainul ?? Alhamdulillah.. Seronok bercampur sedih baca.. Hari-hari scroll tengok update di fb.

Ainul Mardhiah, 9 bulan, yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor, berjaya menjalani pembedahan selama lima jam semalam di hospital di London bagi membuang ketumbuhan seberat kira-kira 200 gram dari mulutnya. Sumber ni cikguzim ambil dari berita harian. 

Alhamdulilah kuatnyaa Adik ainul.. 
Jom sama2 sedekahkan Al-fatihah untuk adik ainul sekeluarga. Hebat ujian buat ibu bapa yang hebat seperti mereka.

Keadaan Ainul sebelum dibedah.


Gambar adik Ainul yang bersedia untuk jalani pembedahan. Moga sentiasa dipermudahkan.

Update terkini : Ainul dah pun sedar, alhamdulillah ❤ Cuma masih dalam unit penjagaan rapi untuk make sure ainul betul-betul ok sebelum dipindahkan semula ke dalam wadnya yang biasa.

Terus doakan ainul kuat dan cepat sihat ye semua 😊

Gambar terkini Ainul setelah pembuangan tumor pada mulutnya. Tak sanggup lihat gambar semasa tumornya ada. Adik Ainul nampaknya semakin comel selepas pembuangan sel tumor. 

"SEMOGA CEPAT SEMBUH YA SAYANG"

Tumor Adik Ainul Mardiah berjaya dikeluarkan setelah lima jam dalam bilik bedah.

Ketumbuhan dalam mulut Adik Ainul seberat kira-kria 200g telah berjaya dikeluarkan oleh sepasukan pakar bedah dan anestetik yang diketuai oleh Profesor David Dunway dan Dr. Juling Ong.Ketika ini Ainul sedang dipantau rapat dan keadaannya dilapor stabil.


Penghormatan dan terima kasih turut diberikan kepada Dr. Nur Amalina Che Bakri kerana insiatifnya yang membolehkan Ainul dan ibu bapanya diterbangkan ke London untuk rawatan.

Alhamdulillah syukur kita tumpang gembira semoga Ainul dapat cepat sihat membesar seperti kanak-kanak lain. Teruskan berdoa, ingatlah kalau kita nak sesuatu solat hajat sokmo dan berdoa tanpa putus asa.



Catat Ulasan

2 Ulasan