Raya dah masuk hari ke-6, lepas dah beraya sakan, esok nak masuk kerja. Sekolah dah esok oiii. Makan pun bermacam-macam jangan lupa periksa tahap kesihatan seperti tekanan darah. Berat tu normal lah kalau naik sikit, ada bran nak timbang? Heheheh.. Timbang jer lah jangan takut dan jangan stress.
Guna penimbang huawei body fat scale boleh cek kandungan lemak badan sekali. Beli kt shopee je.
Saya dah timbang dan cek tekanan darah tadi alhamdulillah semua normal. Berat naik sikit dalam 0.5kg je walaupun rasanya dah telan macam2 dan tak workout pun sejak bulan puasa.
Mungkin sebab banyak berjalan dan buat kerja2 rumah masa di kampung. Saya juga mengamalkan minum kopi tanpa gula setiap pagi untuk tingkatkan metabolisme + bakar kalori.
Mungkin sebab banyak berjalan dan buat kerja2 rumah masa di kampung. Saya juga mengamalkan minum kopi tanpa gula setiap pagi untuk tingkatkan metabolisme + bakar kalori.
Alhamdulillah tekanan darah semua ok, untuk bacaan yang tepat ceklah tekanan darah waktu awal pagi. Blood pressure checker ni beli kat shopee je dah 3 tahun guna. Nama kedai eShop.
Carta tekanan darah untuk rujukan. Sumber gambar : Google.
Periksalah semua tahap kesihatan dari segi tekanan darah, gula dan kolesterol. Gula dan kolesterol boleh cek di farmasi. Makanan raya agak tinggi lemak, bila dah meningkat umur ni perlu pantau selalu. Kesihatan adalah kekayaan 😀. Nanti kalau dah kena macam2 penyakit susah nak sembuhkan semula. Ingat sebelum kena.
Ok selamat bekerja dan selamat sambung raya



12 Ulasan
Tengah musim baraan sekarang.
BalasPadamTahap gula tentu naik.
salam kenal cikgu.
BalasPadamAlhamdulilah timbang tadi, tak naik. turun malah. sebab dapat diarea waktu raya.. :-( sedih kan.
Ye betul tu, kena rajin jaga kesihatan, sekarang julia tgh on puasa sunat dan ganti setelah 6 hari beraya sakan sgt hahaha, eh berkenan lah alat ukur BP tu...nanti nak wishlist beli.
BalasPadam2 minggu sekali memang check..berat biasa mesti naik berkadar terus..sebab mengandung. hehe. Salam kenal. Terima kasih ke blog saya.
BalasPadamALHAMDULILLAH SIHAT WALAFIAT CIKGU...SELEPAS RAYA 6 HARI SAMBUNG PUASA 6 PULA OK SGT TU UTK KSHTAN
BalasPadamSeram pulak nak timbang berat badan. sebab makan ajee kejenya.huhu
BalasPadamSelamat Hari Raya.
Sori lmbt respond, kalau nak join team blogger pantai timur boleh contact sis hawa
ni link blognya
https://www.sishawa.com/
hahah malas ah timbang. asalkan da beraK OKAY la kot. dia xsempat jadi lemak
BalasPadamperkara paling menakutkan hahahaha
BalasPadambelum cek lagi, rasa mcm xnaik sebab tak beraya makan sgt. lps balik kg demam dan tak ada selera pulak
BalasPadamTak suka kalau naik berat.
BalasPadamsalam raya
BalasPadamMmg jaga makan tapi tekanan darah masih tinggi..
BalasPadam