Kecoh sekarang tentang video penyebaran gambar atau video yang mirip dengan seseorang. Mungkin ia betul mungkin juga tidak kerana gambar dan video dengan teknologi kini amat mudah dipalsukan. Ingat, kita sedang berada di zaman fitnah yang maha dahsyat. Deepfake merupakan ancaman terbesar dunia siber sekarang.
Sumber gambar Google
Antara cara untuk memalsukan wajah seseorang adalah deepfake ai. Apa itu Deepfake dan kaitan video yang sedang tular?
1. Deepfake atau deep learning adalah kaedah memanipulasi wajah yang menggunakan teknologi AI. Jika dulu terkenal dengan teknik superimpose, ini adalah versi terkini yang telah ditambahbaik.
2. Teknik ini cepat mendapat perhatian akibat penyalahgunaan utamanya seperti menyunting video intim selebriti dan penyebaran berita palsu.
3. Melalui perkembangan teknologi deepfake yang terkini, perisian terbaru membolehkan pengguna hanya perlu meletakkan transkrip teks atau menukar perkataan yang disebutkan oleh seseorang itu di dalam video.
4. Mark Zuckerberg baru baru ini juga tidak terkecuali, diserang dengan satu video di instagram yang menunjukkan beliau bercakap tentang motif ‘gelap’ sebenar disebalik empayar digitalnya.
5. Pada sudut lain, Agensi berita televisyen di China sudah pun menggunakan pembaca berita AI. Ia mungkin jauh dari sempurna namun anda dapat gambarannya pada masa akan datang.
Konsepnya sama macam dalam game, game sekarang contohnya game Pes 2019 yg AI nya sudah menyamai orang yang sebenar.
6. Berita zaman sekarang semakin sukar untuk dipastikan kesahihannya antara realiti dan yang ciptaan manusia sendiri. Seiring teknologi bergerak membawa lebih cabaran yang tidak kita ketahui sebelum ini. Itulah deepfake, berhati-hati dengan teknologi terutamanya apabila anda seorang yang dikenali.
Sumber: nytimes
Elakkan penyebaran gambar/ video yang mengandungi unsur fitnah, meragukan serta mengaibkan orang lain. Ingat, kita jaga aib orang Allah jaga aib kita. Moga kita dijauhkan dari fitnah akhir zaman. Ameenn.
Catat Ulasan
3 Ulasan
Kemajuan teknologi bukan untuk disalahgunakan
BalasPadamwahhh bisa jadi tambah ganteng k disini wuehehe
BalasPadammcm2 teknolog zmn skrg nih, tp banyak jgk yg terlebih pandai sampai di salahgunakan
BalasPadam