Lancarkan kencing dengan air barli
Tahu tak anda sekiranya ada masalah kencing tak lancar dan tak lawas anda boleh cuba cara ni untuk lancarkan air kencing menggunakan air barli.
Petua dan cara yang mudah serta kredit untuk penulis asal.
Cara masak barli ni pun mudah. 🫕
1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam bagi lembut.
2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.
3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.
4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu sedap diratah.
5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap. Maksudnya manis dengan gula. 😄
Anda boleh minum air barli bercawan cawan sampai iekenyangan.
Untuk wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari okeh. InsyaAllah ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan citrus fruits. 🥰
Resepi Oleh: Mastura Rashid
Catat Ulasan
0 Ulasan