Kelebihan merantau..

Lama sudah berada di tempat orang ni, 12 tahun tu bukan sesuatu yang sekejap. Bila dah selesa ni bila nak balik pun belum pasti lagi.

Ini antara beberapa kelebihan merantau. 


Merantaulah..

Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman.

Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang.

Tinggalkanlah tanahair dan mengembaralah.

Bermusafirlah, nescaya kamu akan mendapat ganti kepada orang yang telah kamu tinggalkan.

Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.

Aku melihat air menjadi rusak karena diam tertahan.

Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang.

Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa.

Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran.

Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam.

Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.

Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang.

Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan.

Jika engkau tinggalkan tempat kelahiranmu, engkau akan temui darjat mulia di tempat yang baru dan engkau bagaikan emas yang sudah terangkat dari tempatnya.

Pergilah merantau untuk mencari kemuliaan karena dalam perjalanan itu ada lima kegunaan, iaitu: menghilangkan kesedihan, mendapatkan penghidupan, mendapatkan ilmu, mengagungkan jiwa, dan dapat bergaul dengan banyak orang.

─ Imam Syafie

(Diwan as Syafiie)

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Saya dah 6 tahun tak merantau sebab dapat kerja di kampung sendiri. Rindu jugak nak merantau ke tempat orang. Tapi pulang laa ke Pahang cikgu hahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama jugak tu ye..to untung la kje kt kampung sndiri..heheh..org temerloh koi yakk

      Padam