Cara buat senaman HIIT

Banyak orang tanya pasal exercise routine yang paling baik untuk membakar lemak lebih banyak.

Jadi saya nak berkongsi knowledge & thoughts tentang exercise yang pernah saya buat sebelum sebelum ini.

1. Exercise ape yang paling baik/cepat untuk weight loss?

Saya rasa kebanyakan orang ingin lose weight through losing fat, terutamanya bagi orang yang buat intermittent fasting & Keto. Jadi HIIT is the best & paling berkesan untuk fat burning.

2. Apa ini HIIT?

- HIIT = High Intensity Interval Training. Exercise technique ni ade 3 bahagian: Tempoh Intensiti, Tempoh Rehat & Ulangan. 

Maksudnya anda kena buat exercise dengan maximum effort dalam tempoh mase yang singkat, then berehat untuk suatu tempoh masa, dan ulang proses ni beberapa kali. Contohnya: buat Burpees 30 saat + rehat 30 saat & ulang 15 kali.  

Contoh senaman HIIT tanpa guna peralatan

3. Apakah faedah utama HIIT?

- 1: Exercise dengan HIIT technique akan burn fat paling banyak kerana badan akan menghasilkan growth hormone yang serius banyak during intense workout (growth hormone ni untuk burn fat), 

2: Selepas buat HIIT, badan anda akan terus burn fat macam automatic machine, 

3: HIIT ni sangat efficient & effective. Dengan mase yang singkat macam 20min, anda boleh siap one session of exercise, 

4: Anda boleh buat bila-bila mase & buat kat mane pun boleh. Tak yah peralatan langsung.

4. Macamana nak buat HIIT?

- Technically, HIIT ialah satu teknik, bukan exercise. Maksudnya anda boleh buat HIIT dengan ape-ape exercise yang anda rase selesa. Dalam kes saya, saya cuba buat larian pantas dan laju dalam jarak yang dekat saja seperti lari pecut. Kadang saya buat skipping dengan laju.

5. Untuk HIIT, I kene ulang berape kali & seminggu perlu buat berape sesi?

- Bergantung pada ape HIIT anda buat. HIIT macam Tabata, lebih daripade 40 ulangan setiap sesi memang biase kerane you boleh exercise 20 saat + rehat 10 saat. 

I would say 20-30 min setiap sesi dengan  sekurang-kurangnya 2 sesi seminggu adalah yang terbaik untuk majoriti kerane kita kan sangat sibuk dengan family & kerja. Jadi semakin lama tempoh rehat, semakin sikit ulangan dalam setiap sesi exercise.

6. Mengapakah tempoh rehat begitu lama?

- According to my studies, jika anda recover fully from your intense exercise, result tu akan lebih baik. Fully recovered maksudnya rehat secukup lama supaya nadi boleh kembali ke resting pulse rate. 

Ini sangat penting untuk badan kite mengaktifkan parasympathetic nervous system (PNS) bila tengah resting selepas intense workout. On top of that, PNS is an active system control that needs to be strengthened.

7. Berape lama perlu rehat masa tempoh rehat bile buat HIIT?

- Setiap orang ada resting pulse rate yang tak same & setiap orang ade ability yang tak same untuk fully recover. Jadi, anda kene tau your resting pulse rate & biar nadi anda kembali ke resting pulse rate semase buat HIIT. 

Of course, tempoh rehat boleh sangat pendek macam Tabata, tapi full recovery boleh menguatkan PNS control & avoid overtraining, kan sangat bagus.

8. Berape berat badan boleh diturunkan dengan HIIT?

- Seperti intermittent fasting, HIIT is just another tool or another factor we can take in untuk capai matlamat kite dengan lebih cepat. Kebanyakan orang focus kat berat badan tapi berat badan bukan satu indicator yang sempurna atau terbaik untuk kite lihat. 

Static berat badan sangat common kat weight loss. Some experts kata lihat waistline kite lebih tepat daripade lihat berat badan kite. Dan kajian menunjukkan bahawe exercise bukan satu element yang paling penting dalam weight loss, tapi diet ialah element yang paling penting. 

Dengan experience saya, result memang menakjubkan dengan gabungan intermittent fasting (fasting 19 hour daily) + Keto diet (bukan lazy Keto) + 3 sesi exercise setiap minggu. Tapi kene tahu bahawe setiap individu tak sama.

Mungkin anda akan dapat result yang lebih baik atau kurang baik berbanding dengan saya Terlalu banyak variables dalam weight loss macam sleep quality, stress level, fasting period, nutritional value of your diet, etc.

 9. Ade sesiapa yang tak boleh buat HIIT?

- In general, orang yang ade heart problem atau kecederaan atau sebarang masalah berkaitan kesihatan harus tanya doctor dulu sebelum buat HIIT.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk membuang lemak berlebihan.


Catat Ulasan

1 Ulasan