Cara hilangkan lesu badan dengan tidur awal
"Baru pukul 10 pagi, asyik nguap je! Tengok huruf kat keyboard ni pun kecik-kecik besar je"
Mesti anda pernah alami benda ni kan?
Nak-nak pula kerja macam kita ni yang jenis duduk-duduk saja. Akibatnya, kita kurang produktif dan kerja pun tak berapa nak laju.
Lagi pulak, lepas musim World Cup, dah develope pula habit tidur lewat, sampaikan ada masalah bila nak tidur awal. Tu belum isteri komplen asyik terlajak subuh. Kihkih
So harini si saya nak share sikit, cara mudah nak ubah habit tidur lewat.
Ini lah tips yang min amalkan. So far berkesan. Anda nak tahu kena cuba dulu. Lain orang lain penyelesaiannya. Jom baca perkongsian ini. Sebelum tu..
𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗻𝘆𝗮 𝘁𝗶𝗱𝘂𝗿 𝗮𝘄𝗮𝗹?
Alasannya kerana badan kita perlukan rehat, agar get ready for the next day pulak. Kalau tak, badan tak boleh function dengan lebih baik.
Mula lah sakit kepala, tak sedap hati lah, cepat penat, pastu asyik tak bermaya. Metabolism, hormon pun boleh menurun dan tak stabil.
Kalau berat badan dah mula naik, sakit kepala kerap sangat datang, itu maknanya ada something wrong dengan kualiti tidur kita, please check!
So apa nak buat supaya kita dapat disiplin tidur awal lepas ni?
𝟭. 𝗧𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗹𝗮𝗺𝗽𝘂
Sebenarnya bila kita tidur dengan lampu terbuka, badan kita separuh sedar waktu tu tak dapat nak berehat sepenuhnya.
Sebab tu kadang-kadang pagi-pagi buta dah terjaga, terus tak boleh tidur balik.
𝟮. 𝗕𝗲𝗿𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶 𝗕𝗲𝗿𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿
Berfikir boleh buatkan anda lebih sedar dan tak mengantuk. Elakkan fikir benda-benda yang negatif dan boleh ganggu emosi anda.
Sambil tu pasang lah muzik yang sesuai untuk terapi tidur. Macam min masuk je youtube, search 'Relaxing Sleep Music' insya allah berkesan bantu tidur dengan mudah.
𝟯. 𝗦𝗲𝗷𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗱𝗮𝗻
Sebelum tidur, pastikan suhu badan berada dalam keadaan sejuk dan tak panas. Bila rasa tak selesa, boleh mandi/bilas badan sebelum tidur. Mesti badan rasa selesa dan segar nak tidur lena.
Lepas ni dah takda kalih sana kalih sini terbalik kan bantal lagi. Hehe
𝟰. 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗶𝗻 𝗣𝗵𝗼𝗻𝗲
Sebenarnya dia bukan tak boleh tidur, tapi tak boleh berhenti scroll FB, IG, tiktok.
So nak selamat, let say jam 10 malam nak tidur, ready turn on 'Do not disturb' function kat phone anda. Dan letak je phone jauh-jauh, supaya tak terpengaruh nak belek phone sambil baring-baring.
Lagipun, cahaya dari skrin Smartphone menghalang pengeluaran Melatonin, salah satu hormon penting yang membantu untuk tidur.
Apapun ada beberapa lagi tips penting lain lagi.
Tapi saya harap anda boleh amalkan dulu tips ringkas ni, dan kita tengok adakah berkesan untuk membantu dapat tidur dengan mudah.
Biasakan tidur awal, inshaAllah, lepas ni dah takda bangun pagi lesu & letih lagi. Hehe
Baiklah itu sahaja, hopefully dengan perkongsian ini dapat membantu masalah 'insomnia' yang anda alami.
Catat Ulasan
2 Ulasan
Terima kasih atas perkongsian!
BalasPadamabe kie ni nak tdo awal mudah je. Masalahnya bila terjaga kul 4 pagi tu kadang2 susah nak lelap balik. Jadi mengantuk sgt la masa d sek...huhuhu...
BalasPadam