Argentina, Lionel Messi & gelaran GOAT

Siapa tengok final World Cup 2022 semalam? Saya tengok tapi teridur juga pada 1st half. Hahahah. Tapi terjaga waktu akhir 2nd half.

Lepas tu memang layan sangat sebab finalnya paling epik sekali masuk waktu tambahan dengan Mbappe siap skor hatrik namun akhirnya kemenangan memihak kepada Argentina untuk kali yang ke 3.

Fuhh memang epik dengan the GOAT iaitu Leonel Messi pastilah selalu disebut2 walaupun saya bukan peminat beliau. Saya peminat CR7. Heheheh.

Pada 2016 dahulu, Messi pernah umumkan persaraan selepas kecewa tewas dalam 4 final iaitu Copa America dan Piala Dunia.

Tapi dalam beberapa bulan dia comeback dalam dunia bolasepak selepas dipujuk oleh fans malah legenda Argentina sendiri Diego Maradona.

Hasilnya 3 Kejuaraan termasuk Piala Dunia semalam.

Jika dia berputus asa dahulu,maka dia antara GOAT yang bersara tanpa menyumbang apa-apa piala pada negaranya.

Itulah hadiah bagi seseorang yang tidak berputus asa.

Kini dalam usia 35 thn,beliau boleh bersara dengan tenang.

Apa itu maksud GOAT? = Greatest of All Time.


Maksudnya pemain terbaik sepanjang zaman. Zaman sekarang ni 2 orang dilabel sebagai GOAT — Messi dan Ronaldo sebab tiada yang lain boleh capai apa yang mereka berdua capai secara individu dan berpasukan.

GOAT juga disimbolkan dengan simbol 🐐 walaupun tiada kaitan dengan kambing, sebab ejaan GOAT dan goat adalah sama. 

Tiada kaitan dengan God = Tuhan.

Memang betul, final World Cup 2022 ni paling epik.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Suami saya kata, semalam, final paling epik!

    BalasPadam
  2. waduhh, wak pon tonton final pagi tadi smpi ke penalti., mmg gila world cup 2022 ., hehe

    BalasPadam
  3. ohhhh baru tahu maksud goat tu untuk pemain bola sepak...

    BalasPadam