Pensyarah saya di UIA dulu baik-baik belaka

Bila sebut pasal Universiti dan pensyarah ni teringat saya masa jadi student di UIAM.

Masa kt UIAM dulu tiada rasenya jumpa pensyarah ataupun profesor garang. Yang tegas ada lah. Dalam tegas ada melawak pula. Melawak bil hikmah gitu. Dalam lawak ade nasihat ada peringatannya.

Yang nasihat2nya kita boleh ingat word by word smpai sekarang. Lecturer yang jenis macam ni memang selalu jadi pilihan kitaorang.

Subjek dan kelas boleh pilih, maka setiap kali awal semester memang berebut la kami daftar mata pelajaran di lab untuk pilih subjek yang pensyarahnya best2 dan sporting.

Mungkin ni kot sebab jarang sangat ponteng atau lewat pergi ke kelas. Ditambah pula dengan persekitarannya yang hijau lagi saujana mata memandang memang seronok belajar di UIAM ni. 

Banyak yang menggamit memori di UIA terutamanya bila bulan Ramadhan.

Cuma student UIA yang memahami bagaimana perasaannya sebagai budak UIA.

UIAM wallpaper dari pandangan atas. Cantik kan?

Namun saya bukan la dari kalangan student yg suka duduk kerusi depan, kerap bertanya soalan dan tak dapat pun anugerah dekan hehe.

Al fatihah kepada guru2 ku yang telah pergi.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. akak bila pikir pun sama takde lecturer yang garang sampai menghina, garang tegas sebab tak nak kita nakal ada, tapi lepas kelas dia boleh gelak-gelak, apa yg lec tu buat mungkin supaya pelajar tu bersungguh belajar nampak mcm main2, tpi bila dia hina b40 salah caranya tu

    BalasPadam
  2. Saya setuju dengan komen kak dana

    BalasPadam
  3. Tegur tak salah. Nasihat tak salah tapi setiap teguran atau nasihat kena fokus jangan cuit pada perkara sensitif.

    BalasPadam