Menjelang akhir zaman, kukuhkan iman dan taqwa anak anak

Akhir zaman ni, perkara yg kita perlu bekalkan pada anak2 adalah IMAN dan TAQWA.

Kerana 2 ini saja yg mampu membenteng mereka dari maksiat dan kufur dimana saja mereka berada.

Kita tak selamanya dapat menjaga dan mengawal mereka, mereka akan membesar dan akan menjadi manusia yg membuat pilihan sendiri. Tugas kita adalah memastikan mereka berada di atas jalan yg Allah redha dan sentiasa berdoa agar Allah sentiasa menjaga iman mereka dari direbut musuh.

Hafiz, alim, pakar segala ilmu agama belum tentu menjadikan seseorang itu seorang yg bertaqwa pada Allah. Ilmu yg tidak disertakan dgn zikir akan menyebabkan sesorang itu bongkak dgn ilmunya sepertimana Ahli Kitab, menyelewengkan manusia dgn ilmu yg Allah kurniakan kerana merasakan ilmu itu milik mereka dan mereka berbuat sesuka hati dgn ilmu itu untuk menyesatkan manusia. Ilmu itu menjadi asbab jauhnya dia dari Allah, bukan lagi asbab mendekatkan diri dgn Allah kerana tidak disertakan dgn zikir.

Apabila ilmu disertakan dgn zikir, maka  zikrullah akan membentengnya dgn taqwa kerana hatinya sentiasa terpaut dgn Allah. Zikrullah akan membuatnya tawadhuk, menyerahkan kembali semua itu pada pemilik asalnya, tidak merasakan ilmu itu miliknya, bahkan ia adalah pemilik Allah Al-'Aleem, Al-Khabeer.

 Sentiasa merasakan Allah memerhatikannya, ada ta'alluq (connection) dgn Allah dlm tiap perbuatan.

Sedar Allah sentiasa memerhati gerak gerinya, sentiasa beristighfar atas dosa yg dia sedar ataupun tidak, berhati2 dalam memilih sesuatu untuk dirinya dan orang bawah jagaannya. Inilah zikrullah yg sebenar.

Sekarang adalah zaman kritikal untuk membenih iman dlm diri anak2, bukan lagi masa fikir,  risau apa anak belajar tinggi mana, apa nak kerja nanti, semua itu telah berada dalam ketetapan Allah. Bukan seperti iman dan taqwa yg perlu diasah dan dipupuk hari2 kerana ia belum ada jaminan.

Disamping mendoakan anak menjadi huffaz, ulamak, fuqaha', sertakan sekali doa agar mereka menjadi org2 bertaqwa yg dicintai Allah, menerima qabuliat akhir hayat, dipelihara dari musuh2 nampak dan tak nampak yg sentiasa berusaha merosakkan iman mereka, sentiasa kekal dgn khauf (takut) dan raja' (harap) dgn iman yg ada sekarang, bukan dari golongan yg selesa dgn iman dan tidak berusaha untuk memperbaiki iman.

Moga Allah pandang fikir risau kita dan memelihara keturunan kita dari kekufuran dan kerosakan iman.

Moga anak-anak saya dan kita semua mempunyai benteng iman yang kukuh menghadapi dunia akhir zaman. Aamin ya rabb.

Kredit: Puan Ruqayyah

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Terima kasih atas ingatan cikgu..
    Insyaallah sedang berusaha kearah itu walaupun pada masa yang sama tetap fikirkan masa depan duniawi anak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, ilmu dan persiapan duniawi tetap perlu ada untk masa depan yg mendatang

      Padam
  2. Aamiin. Kejar akhirat tak abaikan dunia. Urus dunia jangan sampai lupa akhirat. Saling berkaitan.

    BalasPadam